Harian Metro

‘Tak hantar pasukan kedua’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen menegaskan Malaysia tidak mungkin akan membariska­n pasukan kedua pada saingan Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, April tahun depan.

Meskipun keutamaan adalah di kempen Sukan Asia di Jakarta-Palembang, Ogos depan yang menawarkan tiket Kuala Lumpur: Mara ke perlawanan akhir kejohanan Cabaran Antarabang­sa India memberikan satu petanda positif buat pasangan beregu lelaki muda negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik walaupun mereka tumpas kepada pasangan Thailand, Maneepong Jongjit-Nanthakarn Yordphaiso­ng.

Kedua-duanya digandingk­an sejak lebih sebulan lalu dan baru menyertai dua kejohanan setakat ini, termasuk kali pertama di Cabaran Antarabang­sa Malaysia, bulan lalu.

Bagaimanap­un, apa yang ditonjolka­n Aaron-Wooi Yik setakat ini memberikan sinar buat pasukan beregu lelaki negara yang berada pada tahap untuk pengstrukt­uran semula baik di peringkat senior automatik ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Stephen berkata, pihaknya juga tidak boleh mengetepik­an cabaran di Sukan Komanwel.

“Setakat ini, kami belum membuat sebarang keputusan barisan pemain yang akan beraksi di Sukan Komanwel.

“Tetapi, saya ingin tegaskan Sukan Komanwel tetap penting dan untuk itu, mungkin kita akan membariska­n semua pemain terbaik atau pun sebaliknya.

“Segala-galanya akan bergantung kepada saingan Piala Sultan Azlan Shah yang berlangsun­g sebelum itu. Kita perlu mengambil kira beberapa faktor seperti pemain yang mungkin mengalami kecederaan serta pencapaian di kejohanan itu,” katanya.

Jelas Stephen, dengan status Malaysian Tigers yang kini berada di dalam Program Podium, setiap pemain perlu berusaha meraih keputusan terbaik di setiap kejohanan yang disertai.

“Anda mungkin boleh memberi idea supaya menghantar pasukan kedua, tetapi kami sekarang berada di dalam Program Podium.

“Jadi, kami perlu melakukan

 Stephen tak ambil mudah cabaran lawan di Sukan Komanwel

pemilihan pemain yang betul. Kami tidak boleh menghantar pasukan kedua di Sukan Komanwel kerana pasukan yang beraksi agak kuat,” katanya.

Pada saingan Sukan Komanwel, Malaysian Tigers diletakkan dalam Kumpulan B bersama juara Asia, India, England, Pakistan dan Wales.

Mereka bernasib baik apabila tidak diundi dalam Kumpulan A, yang disertai juara bertahan dan pasukan ranking kedua dunia, Australia serta New Zealand, Kanada, Afrika Selatan dan Scotland.

 ??  ?? STEPHEN (tengah) tetap utamakan Sukan Komanwel.
STEPHEN (tengah) tetap utamakan Sukan Komanwel.
 ??  ?? AARON (kanan) dan Wooi Yik miliki potensi.
AARON (kanan) dan Wooi Yik miliki potensi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia