Harian Metro

Momota kembali perkasa Jepun

-

Tokyo: Bekas pemain nombor dua dunia Kento Momota akan diserapkan semula dalam skuad badminton kebangsaan Jepun musim depan ketika dia meneruskan pemulihan daripada skandal berjudi yang menyebabka­nnya diketepika­n daripada Sukan Olimpik Rio, lapor media tempatan.

“Dia sudah kembali ke tahap sebelum ini sebelum masalah bermula,” kata ketua jurulatih Jepun, Park Joo Bong kepada agensi berita Kyodo.

“Sasaran utama kami adalah Sukan Olimpik Tokyo 2020.”

Momota muncul pemain pertama Jepun meraih pingat perseorang­an lelaki pada kejohanan dunia apabila dia merangkul pingat gangsa di Jakarta pada 2015 dan turut memenangi Pusingan Akhir Siri Super tahun itu.

Kariernya merudum kemudian apabila dia digantung daripada pasukan kebangsaan pada April 2016 kerana mengunjung­i kasino haram dan terlepas aksi Olimpik Rio tahun lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu kembali ke pertanding­an antarabang­sa Julai lalu pada Terbuka Kanada namun tidak beraksi di kejohanan besar.

Kuasa besar badminton Jepun meraih satu emas dan satu gangsa pada temasya Rio untuk berakhir di tangga kedua dalam pungutan pingat di belakang China. Reuters

London: Pemandu remaja Red Bull, Dan Ticktum

mencetus serba salah McLaren kelmarin selepas dia memenangi anugerah yang termasuk ujian memandu Formula Satu dan peranan simulator bersama pasukan berpangkal­an di Woking itu.

Juara Formula Tiga Grand Prix Macau, Ticktum, 18, mengalahka­n tiga lagi pemandu muda Britain untuk memenangi Anugerah McLaren Autosport BRDC.

Pemenang sebelum ini termasuk juara F1 dunia 2009, Jenson Button dan pemenang tiga kali perlumbaan Indianapol­is 500, Dario Franchitti.

Pemenang tahun lalu Lando Norris kini pemandu simpanan F1 McLaren.

Bagaimanap­un, Ticktum sudah mengikat kontrak bersama pasukan musuh Red Bull sejak awal tahun ini dan berada dalam pasukan simulator mereka.

“Saya mengalami hujung minggu yang menakjubka­n di Macau dan pencapaian ini mengatasi segala-galanya,” kata pemandu Britain itu, yang pernah digantung

(gambar)

dua tahun pada 2015 kerana tidak mengendahk­an keselamata­n kereta.

“Tiada kata-kata yang boleh menggambar­kan perasaan bangga saya ketika ini.” - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia