Harian Metro

‘Kami jauh lebih bagus...’

- AFP

Pep Guardiola memuji Manchester City kerana enggan dikecewaka­n pertahanan kental West Ham selepas pendahulu Liga Perdana Inggeris itu bangkit daripada ketinggala­n seterusnya mencipta kemenangan 2-1 awal pagi semalam.

City yang bermain cara menyerang mendapati sukar melepasi benteng Hammers selepas jaringan mengejut Angelo Ogbonnna sebelum tamat babak pertama, namun mereka tidak mengalah dan menyamakan kedudukan menerusi Nicolas Otamendi, 12 minit sebelum rehat dan David Silva meledak voli berbaki tujuh minit permainan.

“Kami bermula amat baik tapi kami hilang sabar. Kami tiada rentak kerana (penjaga gol West Ham) Adrian mengambil masa 30 saat setiap kali (memegang bola).

“Mereka meletakkan 10 pemain dalam kawasan penalti, ia hampir mustahil. Ia kemenangan besar. Ia menunjukka­n siapa kami.”

City yang menyamai rekod 13 kemenangan berturut-turut dalam liga meletakkan mereka lapan mata berbanding pasukan tangga kedua Manchester United menjelang saingan awal pagi Isnin depan bertemu skuad kendalian Jose Mourinho.

Guardiola mengakui keputusann­ya

 Guardiola bangga City bangkit atasi West Ham

untuk memasukkan penyerang Brazil, Gabriel Jesus pada babak kedua saat penting bagi memberikan City lebih banyak sokongan buat Sergio Aguero di depan.

“Anda cuba untuk mengatasin­ya (apabila pasukan banyak bertahan). Kami memiliki dua penyerang pada babak kedua dan itu membantu, ia pengajaran besar buat kami. Kami lebih banyak mencipta peluang dengan dua penyerang,” katanya.

“Kepantasan lebih baik, kami lebih banyak mengasak ke dalam kotak penalti. Kevin de Bruyne bermain selaku pemain tengah bertahan memberikan kami rentak. Kami jauh lebih bagus.”

 ?? Pep Guardiola ?? Kepantasan lebih baik, kami lebih banyak mengasak ke dalam kotak penalti”
Pep Guardiola Kepantasan lebih baik, kami lebih banyak mengasak ke dalam kotak penalti”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia