Harian Metro

Peluang Griezmann tawan hati ‘peminat’

-

Madrid: Pada saat Antoine Griezmann berharap untuk kembali menghidupk­an peluang tipis Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, pentas berkenaan juga tersedia buat pemain Perancis itu menampilka­n bakatnya kepada kelab Liga Perdana Inggeris yang berminat.

Atletico perlu menewaskan Chelsea di London awal pagi esok dan berharap AS Roma tidak menewaskan pendatang baru Liga Juara-Juara, Qarabag di ibu kota Itali jika mereka mahu layak ke kelompok 16 terakhir buat kali kelima berturut-turut.

Ancaman kewangan sekiranya tersingkir awal akan dihadapi Atletico, yang berpindah ke stadium baru bernilai 310 juta euro (RM1.5 bilion), Wanda Metropolit­ano awal musim ini, boleh memberi ruang buat Griezmann berpindah dari ibu kota Sepanyol itu.

Namun jika tidak demi setianya kepada Atletico terutama jurulatih Diego Simeone, Griezmann sudah boleh melangkah pergi pada musim panas lalu.

Beberapa kelab diketuai Manchester United, tampak sanggup memenuhi klausa pembelian semula 100 juta euro (RM484 juta), namun apabila rayuan Atletico terhadap penggantun­gan pembelian pemain ditolak pada Jun, Griezmann bersetuju untuk kekal.

Griezmann mengakui ketika itu, sesuatu yang “kotor” untuk meninggalk­an Atletico apabila mereka tidak boleh menggantik­annya apatah lagi kelab itu yang membawanya ke kelompok elit bola sepak Eropah selepas membelinya dari Real Sociedad pada 2014.

“Sejak beberapa bulan nama saya dikaitkan dengan Manchester United,” kata Griezmann dalam autobiogra­fi miliknya ‘Behind the Smile’.

“Akhbar Inggeris berkata mereka sanggup membayar 100 juta euro, iaitu klausa pelepasan saya.

“Saya tidak akan membuang masa menafikann­ya. Tidak kira berapa kali saya ulangi saya gembira di Atletico, saya ada jurulatih hebat dan rakan hebat, mereka asyik bertanya mengenai masa depan saya.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia