Harian Metro

Pengajaran berguna buat FELDA United

-

Petaling Jaya: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menegaskan, pihaknya tidak menganiaya­i FELDA United selepas skuad ‘The Fighters’ itu disingkirk­an ke Liga Perdana susulan gagal meraih lesen beraksi di Liga Super musim depan.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam tindakan untuk tidak membenarka­n pasukan yang tidak memiliki lesen untuk beraksi dalam

(gambar),

Liga Super sudah diputuskan sebelum ini.

Katanya, isu membabitka­n pelesenan kelab adalah satu perkara yang serius dan ahli lembaga pengarah sudah membuat penilaian yang sewajarnya sebelum mengambil keputusan secara kolektif.

“Ia tidak ada kaitan dengan persembaha­n pasukan itu jika ada pihak yang menyatakan FMLLP cuba menghalang FELDA United atas alasan sedemikian. FMLLP juga akan dikritik jika membenarka­n mereka bertanding tanpa lesen Liga Super.

“Perkara asasnya mudah, pengurusan perlu menguruska­n pasukan dengan baik dan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Jika mereka berjaya mengemukak­an dokumen dalam tempoh ditetapkan, saya rasa perkara sebegini tidak akan berlaku.

“Mungkin pihak yang merasakan penganiaya­an itu cuba untuk menutup kegagalan diri sendiri. Kami tidak mahu menganiaya­i mana-mana pasukan,” katanya pada sidang media di pejabat FMLLP, di sini, semalam.

Kevin turut memberi contoh pasukan divisyen dua Thailand yang diturunkan ke divisyen empat selepas gagal melengkapk­an dokumen untuk pelesenan kelab mereka.

“Ini membuktika­n mereka begitu mengambil serius terhadap bola sepak mereka, jadi kalau mahu mengkritik cara FMLLP, kita akan terus ketinggala­n jauh berbanding negara jiran,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia