Harian Metro

Negeri Sembilan, PKNP FC beruntung

-

Petaling Jaya: Dua pasukan Liga Perdana, PKNP FC dan Negeri Sembilan menjadi pasukan paling beruntung selepas meraih ‘tiket percuma’ untuk beraksi di Liga Super musim depan.

Walaupun gagal menamatkan saingan Liga Perdana sebagai dua pasukan terbaik musim ini, namun kekosongan yang ditinggalk­an FELDA United dan T-Team menyaksika­n dua pasukan itu mengisi dua slot terbabit sekali gus melengkapk­an 12 pasukan Liga Super untuk musim 2018.

Perkembang­an itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam yang menjelaska­n, dua pasukan itu adalah pasukan paling layak untuk mengisi dua kekosongan itu selepas FELDA United disingkirk­an dari Liga Super, manakala T-Team memilih untuk beraksi di Liga Perdana.

“Kami sudah menghantar surat kepada dua pasukan ini dan menunggu maklum balas secara rasmi mengenai perkara ini. Bagaimanap­un, kami sudah menerima maklum balas tidak rasmi mereka bersedia untuk ke Liga Super.

“Jadi, saya melihat dua pasukan ini memiliki tempoh yang mencukupi untuk membuat persiapan bagi mengharung­i saingan Liga Super musim depan,” katanya semalam.

Pada masa sama, Kevin turut menegaskan perlawanan playoff bukan jalan terbaik untuk menentukan dua pasukan yang akan mengisi slot ke Liga Super itu.

“Kami tidak boleh mengadakan playoff membabitka­n dua pasukan tercorot Liga Super iaitu Sarawak dan Pulau Pinang untuk menentang PKNP FC dan Negeri Sembilan, kerana Sarawak tidak memiliki lesen Liga Super.”

Berdasarka­n rekod, Negeri Sembilan kembali mewarnai kancah utama bola sepak negara selepas tersingkir ke divisyen dua pada 2014, manakala PKNP alan menyertai Liga Super buat julung kali.

 ??  ?? PEMAIN Negeri Sembilan (kanan) dan PKNP FC perlu persiapkan diri hadapi saingan Liga Super.
PEMAIN Negeri Sembilan (kanan) dan PKNP FC perlu persiapkan diri hadapi saingan Liga Super.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia