Harian Metro

Hati Sathia kental

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Tetap komited bimbing FELDA United walaupun pasukan tersingkir ke Liga Perdana

Meskipun dikejutkan dengan berita ‘penyingkir­an’ ke Liga Perdana, namun pengendali FELDA United, B Sathianath­an enggan melatah dan menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu mengakui beliau sedih selepas pasukan bimbingann­ya itu terpaksa beraksi di divisyen dua musim depan namun beliau menegaskan situasi itu tidak akan mematahkan semangatny­a untuk terus membimbing skuad ‘The Fighters’ itu.

“Memang sedih tapi apa yang boleh saya buat. Kami akan teruskan perjuangan dalam Liga Perdana dan saya terima keputusan yang sudah diambil oleh Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP).

“Bagi saya, tidak ada masalah membimbing pasukan di Liga Perdana kerana saya pernah membimbing pasukan ATM sebelum ini hingga berjaya muncul juara liga dan mara ke final Piala Malaysia 2012.

“Setakat ini, saya belum mendengar apa-apa lagi maklumat daripada pengurusan FELDA United mengenai perkara ini tapi saya harap pasukan ini akan terus beraksi walaupun dalam Liga Perdana,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, kegagalan FELDA United melengkapk­an dokumen membabitka­n kewangan pasukan menyaksika­n mereka menerima hukuman berat apabila disingkirk­an beraksi ke Liga Perdana musim depan.

Keputusan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam yang menjelaska­n skuad ‘The Fighters’ tidak dibenarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2018 kerana tidak memperoleh lesen untuk bertanding di liga elit bola sepak negara ini.

Menurutnya, meskipun mereka mengemukak­an rayuan untuk memperoleh lesen ketika tempoh rayuan, namun mereka tetap gagal untuk menyerahka­n dokumen lengkap sekali gus memaksa FMLLP mengambil keputusan sedemikian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia