Harian Metro

AZAB TIGA BULAN

-

itu ditahan di rumah berkenaan, jam 11.30 malam, pada hari sama sejurus polis menerima laporan mengenai kejadian.

Menurutnya, mangsa mendakwa sering dibelasah, malah paha kirinya pernah digigit suspek hingga lebam tanpa sebab munasabah.

“Mangsa mendakwa dipaksa menjadi pembantu rumah dan hanya diberikan gaji RM50 sebulan walaupun suspek pada awalnya menjanjika­n gaji yang lebih tinggi.

“Bagaimanap­un, wang berkenaan tidak diserahkan kepada mangsa dan disimpan suspek, malah mangsa mendakwa hanya diberikan makan sekali sehari,” katanya.

Katanya, mangsa tidak dibenarkan keluar dari rumah berkenaan melainkan bersama suspek hingga remaja perempuan ini bertindak melarikan diri akibat tidak tahan diperlakuk­an sedemikian.

“Mangsa mendakwa suspek sebelum ini berjanji akan membantuny­a untuk mendapatka­n pekerjaan di bandar raya ini, bagaimanap­un setibanya di Miri, mangsa dipaksa menjadi pembantu rumah kepada suspek,” katanya.

Stanley berkata, polis turut merampas gayung dan tali pinggang dipercayai digunakan suspek untuk membelasah mangsa sebelum ini.

Beliau berkata, suspek dibawa ke Balai Polis

Pusat Miri untuk tindakan lanjut manakala mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk menerima rawatan sebelum ditempatka­n di rumah perlindung­an sementara waktu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerd­agangan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia