Harian Metro

Cemas kereta terbakar atas jejambat

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@hmetro.com.my

Disimbah air panas, dipukul dengan batang penyapu, malah paha kirinya digigit hingga lebam. Itu azab seorang pembantu rumah warga Indonesia yang diperlakuk­an seperti haiwan oleh majikannya sejak tiga bulan lalu.

Kejadian berlaku di sebuah rumah sewa di Jalan Merpati, di sini, yang dihuni mangsa berusia 16 tahun itu sebelum berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri, jam 4.20 petang, kelmarin.

Timbalan Ketua

Polis Daerah Miri Superinten­dan Stanley Jonathan Ringgit berkata, majikannya berusia lingkungan 30-an yang juga warga Indonesia

Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga emas menempuh detik cemas selepas kereta dipandunya tiba-tiba mengeluark­an asap sebelum terbakar dalam kejadian di jejambat Karamunsin­g, Jalan

Mat Salleh, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa,

54, dikatakan sedang memandu kereta jenis Nissan Sunny dan dalam perjalanan menuju ke pusat bandar dari arah Karamunsin­g sebelum insiden berkenaan.

Menurut salah seorang saksi, Leonard Jaksin,

41, ketika kejadian dia menyedari kenderaan mangsa berasap dari bahagian bonet hadapan dan tiba-tiba terbakar.

“Ketika kejadian, saya sedang memandu kereta menuju ke Plaza Wawasan dan sebaik tiba di lokasi, saya menyedari kenderaan lelaki itu sedang berasap.

“Lelaki itu tibatiba menberhent­ikan kenderaann­ya di tepi jejambat itu dan menyebabka­n beberapa pengguna jalan raya lain turut berhenti untuk membantuny­a keluar,” katanya.

Ketua Polis Daerah

Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.15 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk bantuan kecemasan.

“Sepasukan anggota yang dikejarkan ke lokasi kejadian kemudianny­a bertindak mengawal kesesakan lalu lintas sementara pihak bomba menjalanka­n usaha memadamkan kebakaran kenderaan berkenaan.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan mangsa juga sudah dibawa ke balai berdekatan untuk tindakan lanjut berhubung insiden itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 ??  ??
 ?? FOTO ?? KERETA yang terbakar di jejambat Karamunsin­g, Kota Kinabalu.
FOTO KERETA yang terbakar di jejambat Karamunsin­g, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia