Harian Metro

Curi basikal RM140,000

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Polis menahan tiga lelaki Geng Wan yang aktif mencuri basikal lumba membabitka­n kerugian RM140,000 dalam serbuan di Betong, Isnin hingga Sabtu lalu.

Semua suspek berusia 38 hingga 49 tahun ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, siasatan bermula selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 50 tahun.

Menurutnya, ahli perniagaan terbabit menyedari tiga basikal yang diletakkan di belakang rumahnya di Jalan Stampin di Kuching didapati hilang jam 10 pagi, 26 November lalu.

“Basikal lumba milik mangsa berjenama terkemuka didapati hilang sebelum laporan polis dibuat. Satu pasukan terdiri daripada pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching ditubuhkan bagi mengesan suspek,” katanya di sini, semalam.

Abang Ahmad berkata, risikan akhirnya menahan nelayan berusia 38 tahun di rumah di Kampung Baru Beladin di Betong pada 30 November jam 7 petang dan menemui basikal yang dilaporkan hilang.

Katanya, susulan daripada tangkapan itu, polis menahan nelayan berusia 49 tahun dan merampas dua basikal mangsa, Sabtu lalu.

Beliau berkata, pada hari sama, polis menahan lelaki 43 tahun yang dipercayai rakan subahat suspek.

“Dalam semua serbuan itu, polis menemui semula tiga basikal yang dilaporkan hilang selain pelbagai peralatan pecah rumah.

“Suspek dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian pecah rumah selain pelbagai barang hasil curi kumpulan berkenaan dan penahanan suspek menyelesai­kan beberapa kes yang dilaporkan di Kuching sebelum ini,” katanya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan semua suspek direman untuk siasatan lanjut.

 Tiga lelaki Geng Wan aktif pecah rumah direman

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK (dua dari kanan) ditahan bersama basikal lumba yang dilaporkan hilang.
SUSPEK (dua dari kanan) ditahan bersama basikal lumba yang dilaporkan hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia