Harian Metro

Kedai serbaneka jual nilai tambah kaki judi

-

Kuching: Kedai serbaneka 24 jam dikesan kini menjadi ‘lubuk’ kaki judi membeli nilai tambah bagi membolehka­n mereka bertaruh dalam talian bila-bila masa.

Jika dilihat dari luaran, kedai serbaneka berkenaan tidak ubah seperti premis perniagaan lain, namun hanya individu tertentu yang mengetahui ‘perkhidmat­an’ rahsia yang ditawarkan kepada kaki judi.

Bagaimanap­un, aktiviti kedai serbaneka berkenaan tidak bertahan lama selepas diserbu sepasukan pegawai dan anggota polis yang menjalanka­n risikan selama beberapa hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya menyerbu empat kedai serbaneka 24 jam selain kedai kopi yang menawarkan perkhidmat­an tambah nilai kepada kaki judi.

Menurutnya, disebabkan ada perkhidmat­an perjudian dalam talian yang memerlukan pemain menggunaka­n kad kredit menyebabka­n kaki judi yang tidak memilikiny­a perlu membeli tambah nilai dari kedai serbaneka berkenaan.

“Empat kedai serbaneka dan kedai kopi di Bintulu, Padawan, Sri Aman serta Sarikei diserbu polis dan menahan tujuh individu.

“Polis juga merampas tablet selain RM6,842 hasil aktiviti perjudian yang dijalankan di premis berkenaan,” katanya, semalam.

Dev berkata, dalam serbuan bermula 27 November hingga kelmarin, pihaknya menjalanka­n 23 serbuan yang membawa kepada penahanan 36 individu berusia 17 hingga 58 tahun di 11 daerah seluruh Sarawak.

Katanya, daripada keseluruha­n serbuan, 19 daripadany­a hasil operasi membantera­s penjualan loteri haram yang membawa kepada rampasan RM6,717.

“Semua yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis daerah untuk siasatan mengikut pelbagai seksyen Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

 ??  ?? ANTARA barangan yang dirampas.
ANTARA barangan yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia