Harian Metro

Lupus E-Waste

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@hmetro.com.my

Sebanyak 5,544 barangan berkaitan jenayah judi siber bernilai RM1.2 juta dilupuskan dalam majlis Pelupusan Barangan Kes Perjudian Cyber di Stor Barang Kes Berpusat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, Jalan Padang Tembak, di sini, semalam.

Barang kes yang dilupuskan termasuk peralatan dan komponen komputer membabitka­n 96 kertas siasatan kes Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang sudah selesai dan mendapat arahan daripada mahkamah untuk dilupuskan.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pelupusan barang kes itu membabitka­n kes yang sudah selesai sejak 2006 hingga 2015.

“Bahan sisa buangan elektronik (E-waste) adalah barang yang tidak digunakan lagi dan dikategori­kan sebagai bahan buangan kerana mempunyai ciri mudah terbakar, boleh menghakis, toksik dan memberi impak kepada kesihatan manusia serta alam sekitar.

“Sehubungan itu, IPD Kota Kinabalu mengambil tindakan untuk melupuskan barang kes judi siber menerusi kaedah E-waste selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Salehhudin Abd Rahman; Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Datuk Sazali Salbi dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra.

Menurutnya, pelupusan bahan itu selaras dengan konsep Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk teknologi hijau atau Go Green mengikut SOP JAS dan barang itu akan dilupuskan di Shah Alam menerusi syarikat yang berdaftar dengan JAS.

Terdahulu, Ramli berkata polis memandang serius dan mengambil tindakan membendung kegiatan perjudian itu dari semasa ke semasa dan tidak berkomprom­i dengan mana-mana pihak atau individu yang bebas melakukan kegiatan judi siber di bandaraya Kota Kinabalu.

“Individu yang ditangkap boleh dituduh mengikut Seksyen 4b Akta Rumah Judi Terbuka 1953, jika sabit kesalahan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi dan penjara tidak lebih dari lima tahun,” katanya.

 5,544 barang kes bernilai RM1.2 juta dimusnah

 ??  ?? RAMLI (dua dari kiri) di stor barang kes berpusat Kontinjen Sabah, selepas mengadakan sidang media pada program pelupusan barang kes perjudian siber di Kota Kinabalu.
RAMLI (dua dari kiri) di stor barang kes berpusat Kontinjen Sabah, selepas mengadakan sidang media pada program pelupusan barang kes perjudian siber di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia