Harian Metro

Kereta bertembung dek lembu

-

Kota Belud: Seorang lelaki parah apabila kereta dipandunya merempuh lembu dan hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Viva di Jalan Baru Kudat Bypass berhampira­n Kampung Sembirai, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.06 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang memandu kereta Proton Bezza parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.

Turut parah penumpang kereta Perodua Viva, manakala pemandu dan dua penumpang hanya cedera ringan dan semua mangsa dirawat di hospital yang sama.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superinten­dan Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu Perodua Bezza dari arah Kota Marudu menghala ke Kota Kinabalu dipercayai melanggar lembu dan gagal mengawal keretanya sehingga memasuki laluan bertentang­an.

“Pada masa sama, sebuah Perodua Viva muncul dari arah bertentang­an dan menyebabka­n pertembung­an.

“Akibat itu, pemandu Perodua Bezza dan seorang penumpang wanita berusia 39 tahun dalam Perodua Viva itu cedera parah pada bahagian kepala,” katanya dihubungi, semalam.

Menurutnya, pemandu lelaki berusia 25 tahun dalam Perodua Viva dan dua lagi penumpang wanita berusia 16 serta 24 tahun hanya mengalami cedera ringan pada bahagian muka, tangan dan badan.

“Kedua-dua kereta mengalami kerosakan teruk dan seorang lagi mangsa dalam Perodua Viva iaitu bayi lelaki berusia tujuh bulan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketika kemalangan berlaku, keadaan jalan raya berturap, lurus dan rata, manakala cuaca baik,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta Perodua Bezza dan Perodua Viva yang terbabit kemalangan di Jalan Baru Kudat Bypass berhampira­n Kampung Sembirai, Kota Belud.
KEADAAN kereta Perodua Bezza dan Perodua Viva yang terbabit kemalangan di Jalan Baru Kudat Bypass berhampira­n Kampung Sembirai, Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia