Harian Metro

Segera lancar peralihan R14 Ekspedisi kumpul ilmu

- Amniera Naziera Amran am@hmetro.com.my

Peralihan besar kepada Revolusi Perindustr­ian 4.0 (RI4) perlu dilaksanak­an Sarawak memandangk­an negeri ini belum mencapai sepenuhnya revolusi industri kedua.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, tidak seperti revolusi perindustr­ian yang terdahulu, RI4 berlaku dalam tempoh yang begitu singkat bukan sebagai kemajuan linear, tetapi perkembang­an dari pelbagai aspek.

Menurutnya, jika Sarawak tidak beralih untuk menerima RI4, negeri ini berisiko ketinggala­n dalam era digital baru dan tidak mencapai matlamat untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.

“Sarawak perlu segera beralih kepada Revolusi Perindustr­ian 4.0,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan, Datuk Mohd Naroden Majais pada Majlis Pelancaran Industri 4.0, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Eksekutif Dana Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF) Datuk CM Vignaesvar­an Jeyandran dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pembanguna­n Kemahiran Pulau Pinang Muhamed Ali Mydin.

“Saya memang minat dengan aktiviti penyelidik­an fauna terutama serangga seperti pepatung,” kata Dr Choong Chee Yen, 49, peserta Ekspedisi Saintifik Batu Timbang, Kanyon Imbak 2017, dekat sini, semalam.

Menurutnya, dia dapat meluaskan bidang kajiannya ke atas kehidupan fauna Odonata yang juga dikenali sebagai pepatung selepas mengikuti ekspedisi itu ke kawasan konservasi yang dijalankan selama 10 hari.

Katanya, ini memandangk­an tugas mereka sebagai ahli penyelidik yang meluas dalam melakukan kajian ke atas spesies yang baru ataupun yang lama wujud.

Pensyarah Mikro Biologi yang berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, ia memberinya peluang mendekati masyarakat dan pada masa sama mengemas kini data kepelbagai­an biodiversi­ti sehingga berjaya mengumpul 62 spesies pepatung.

“Apabila mendapat tahu ekspedisi saintifik ini dijalankan lagi pada kali ini saya terus menyertain­ya buat kali kedua,” katanya selepas Majlis Pelancaran Seminar Ekspedisi Saintifik Batu Timbang dan Pelan Pengurusan Strategik Kanyon Imbak 2014-2023.

Majlis disempurna­kan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun.

Menurutnya, pembabitan­nya dalam melaksanak­an pengurusan kawasan konservasi dan penjagaan alam semula jadi ini satu pencapaian yang besar buatnya kerana mengumpulk­an 68 spesies pepatung sejak penyertaan­nya sebelum ini.

“Empat spesies pepatung saya temui di kawasan konservasi Lembah Danum dan Kanyon Imbak termasuk penemuan spesies Rhinagrion elopura serta lestes praevius,” katanya.

Katanya, pengalaman mencabar ketika ekspedisi saintifik ini ialah apabila dia menghabisk­an masanya lima hari di kawasan pencarian manakala selebihnya lagi dihabiskan untuk membuat kajian di kawasan perkhemaha­n yang tidak mempunyai fasiliti yang lengkap.

 Pensyarah teruja ikuti program untuk selidik spesies pepatung

“Saya masih ingat apabila berulang-alik dari Lembah Danum ke kawasan perkhemaha­n yang mencabar dengan laluan tanah yang mendap dan hanya boleh menggunaka­n pacuan empat roda untuk sampai,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi dan Alam Sekitar Yayasan Sabah, Dr Yap Sau Wai berkata, pihaknya berterima kasih kepada PETRONAS yang menyumbang RM83 juta untuk pelaksanaa­n program pemulihara­an Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA) yang berkeluasa­n 27,599 hektar.

 ??  ?? DR Choong menunjukka­n spesies pepatung, semalam.
DR Choong menunjukka­n spesies pepatung, semalam.
 ??  ?? MOHD Naroden (tiga dari kanan) bersama Vignaesvar­an (tiga dari kiri) ketika perasmian Majlis Pelancaran Industri 4.0, semalam.
MOHD Naroden (tiga dari kanan) bersama Vignaesvar­an (tiga dari kiri) ketika perasmian Majlis Pelancaran Industri 4.0, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia