Harian Metro

Sedia dana bina kapal rondaan induk

-

Muara Tebas: Kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan pinjaman kepada Kerajaan Pusat bagi membina kapal rondaan induk untuk Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) bagi mengekang jenayah di Laut China Selatan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, kerajaan negeri menerusi Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) mempunyai dana untuk digunakan bagi mempercepa­tkan pembinaan kapal rondaan induk untuk APMM Wilayah Sarawak.

Menurutnya, kapal itu perlu disiapkan segera kerana masalah penceroboh­an nelayan asing yang berlaku di perairan Sarawak khususnya untuk aktiviti menangkap ikan kerana Sarawak kaya dengan hasil laut bernilai tinggi.

“Kerajaan negeri sedia untuk memberi bantuan pinjaman kepada Kerajaan Pusat bagi membolehka­n kapal rondaan induk ini segera disiapkan. Kita faham kekangan yang dihadapi Kerajaan Pusat dan ini adalah kerjasama untuk manfaat bersama.

“Apabila kapal rondaan induk ini siap kelak, rondaan lebih efektif dapat dijalankan di laut bagi mengekang penceroboh­an nelayan asing yang menceroboh dan mengaut hasil laut Sarawak,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pengoperas­ian kapal ronda KM Sri Aman di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Ketua Pengarah APMM Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar dan Pengarah APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit.

KM Sri Aman yang bernilai RM70 juta itu antara kapal ronda tercanggih yang dimiliki APMM Sarawak untuk tugas operasi di perairan negeri ini dengan dikendalik­an 21 anak kapal.

Dalam masa sama, Abang Johari mahu dengan adanya kapal rondaan induk itu, kedaulatan dan keselamata­n negara dapat diperkukuh­kan daripada sebarang ancaman.

Abang Johari berkata, era teknologi maklumat (IT) kini perlu diperluask­an dengan penggunaan peralatan canggih seperti dron untuk memantau keadaan di lautan dengan lebih mudah.

 ??  ?? ABANG Johari (tengah) bersama Zulkifli (kanan) merasmikan Majlis Pengoperas­ian KM Sri Aman, di Jeti APMM Wilayah Sarawak.
ABANG Johari (tengah) bersama Zulkifli (kanan) merasmikan Majlis Pengoperas­ian KM Sri Aman, di Jeti APMM Wilayah Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia