Harian Metro

NENEK MUDA 14 ANAK, 15 CUCU

Wanita tidak kisah andai dikurnia zuriat ke-15 pada usia 40 tahun

- Mohammad Ishak am@hmetro.com.my

“Saya bersyukur dan menganggap mempunyai zuriat ramai sebagai anugerah Allah walaupun terpaksa berdepan segala kepayahan untuk membesarka­n 14 anak,” kata Salma Mamat, 40, dari Kampung Tanjung Alir, Alur Keladi, dekat sini.

Salma yang bekerja sebagai tukang urut berkata, dia tidak pernah menyesal mempunyai anak ramai sebaliknya menganggap mereka umpama permata.

Dia berkahwin dengan suami, Che Sulaiman Hanafi, 54, ketika baru berusia 16 tahun.

“Walaupun hanya bekerja sebagai tukang urut manakala suami pula tukang rumah, kami masih mampu menyara keluarga besar,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menerima anugerah khas daripada Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh sempena perasmian Ceria Kembali Ke Sekolah bersama pelajar dan ibu bapa di sini, semalam.

Salma berkata, hasil perkongsia­n hidup dengan suaminya, dia kini mempunyai enam anak lelaki dan lapan perempuan berusia 15 hingga 24 tahun.

“Selain mempunyai berbelas anak, saya juga sudah mempunyai 15 cucu,” katanya.

Menurutnya, hasil pendapatan dia dan suami digunakan secara berhemah untuk menguruska­n perbelanja­an keluarga.

“Memang begitulah adat apabila ada keluarga besar, perlu berjimat-cermat. Bagaimanap­un saya sangat gembira dengan anugerah Tuhan kepada kami dan tak kisah sekiranya ditakdirka­n mengandung serta melahirkan anak lagi.

“Bolehlah cukupkan 15 orang, sama banyak dengan cucu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SALMA bersama suami dan sebahagian anak-anaknya.
SALMA bersama suami dan sebahagian anak-anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia