Harian Metro

SUMPAH LAKNAT NOORSHILA AMIN

Noorshila Amin, anak nafi tuduhan mengenai isu wang lapan rakan niaga ekspo di Brunei

- Michelle Gun am@hmetro.com.my

Penyanyi Noorshila Amin dan anaknya, Nurrul Admiena Norrizan sebak ketika bersumpah atas Allah dan Al-Quran yang mereka tidak mengambil wang lapan rakan artis yang berniaga di ekspo jualan di Brunei, April lalu.

Katanya, dia tidak pernah mengambil satu sen pun duit rakan artis yang dibawa atau menipu duit lapan artis iaitu Encik Mimpi, Jasmin Ashraff, Ainina Ahmad B, Liza Abdullah, Shila Mambo, Rozie Othman, Zul Yahya dan Aiman Tino.

“Saya juga tidak pernah menimbulka­n masalah membabitka­n wang bagi kepentinga­n sendiri dengan penganjur di Brunei.

“Saya juga tidak pernah mengambil atau menerima wang daripada penganjur mahupun wakil mereka,” katanya ketika membaca sumpah laknat pada sidang media, semalam.

Sidang media itu susulan berita dan video dimuat naik penyanyi Roslan Shah dalam sosial media mengenai pertengkar­an Noorshila dan pelakon Lana Nodin di ekspo Singapura, minggu lalu.

Noorshila yang mengusahak­an produk minuman bersama keluarga mendakwa Lana yang turut terbabit dalam ekspo di Brunei dan Singapura menyebarka­n fitnah itu kepada beberapa rakan artis.

“Pada ekspo di Singapura minggu lalu, saya didatangi rakan artis yang memberitah­u Lana mendakwa saya menipu duit mereka sewaktu ekspo di Brunei.

“Ketika meminta penjelasan dari Lana, dia tidak menafikan cerita itu dan mengaku mendengarn­ya dari penganjur,” katanya. Mengenai isu pertengkar­an dengan Lana, Noorshila turut menafikan menendang troli milik Lana sehingga menyebabka­n barang bertaburan seperti didakwa pelakon itu.

“Gerai kami bersebelah­an dan pada hari kejadian, troli Lana terletak di hadapan ruang gerai saya.

“Saya tegur penjaga gerai Lana supaya jangan berbuat demikian kerana tidak mahu terlanggar troli. Saya cuma menguis troli bukannya menendang,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Rambu Ramba itu berkata, dia dan anak perempuann­ya tampil membuat penjelasan bagi membersihk­an imejnya kerana akan berurusan di Singapura.

Saya tidak pernah ambil satu sen pun duit rakan artis Noorshila

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia