Harian Metro

ELOKLAH BEGITU ERRA, BELLA

Kemesraan Erra bersama Bella untuk kebahagiaa­n anak dapat pujian peminat

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Keakraban dan kemesraan terjalin antara pelakon Erra Fazira, 43, dengan isteri bekas suami, pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 29, mendapat pujian peminat.

Erra yang menggelar Bella sebagai bunda manis, berkongsi gambar kegembiraa­n mereka di Facebookny­a pada hari Swimming Gala 2017 anaknya, Engku Aleesya, 8, baru-baru ini.

Erra ketika dihubungi Harian Metro berkata, Aleesya menjadi pengikat kasih mereka selain niatnya untuk mengeratka­n silaturahi­m.

Katanya, Bella juga ibu Aleesya sekarang lebih baik jika mereka saling menjaga silaturahi­m.

“Tidak ada sebab kenapa perlu wujud jurang dan masalah antara kami. Bella sangat baik.

“Saya juga meletakkan diri di tempatnya apabila berhijrah ke Malaysia, tentu ingin diterima baik orang sekeliling. Begitu juga dia mengharapk­an semua orang menerima dirinya,” katanya.

Dalam situasi sekarang, Erra mahu semua orang tenang dan damai dalam menjalani kehidupan.

“Saya mahu Aleesya hidup dalam keadaan harmoni dan penuh kasih sayang. Saya ada cara sendiri untuk menangani sesuatu perkara dan tidak perlu samakan dengan orang lain.

“Kita semua mempunyai pandangan, pengalaman dan kesesuaian jiwa berbeza. Paling penting, saya mahu melihat semua orang tenang dan damai,” katanya.

Kata Erra, sejak kali pertama berjumpa Bella dia yakin pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu mampu menjaga dan menjadi ibu yang baik untuk Aleesya.

Erra juga mengakui tidak kekok setiap kali melakukan aktiviti bersama Bella.

“Alhamdulil­lah setakat ini semuanya baik saja. Pada awalnya timbul juga kerisauan takut Bella tidak selesa. “Saya sehabis baik menyakinka­n dirinya bahawa saya sangat bahagia dia menjadi ibu Aleesya dan isteri Engku Emran.

“Saya mendoakan mereka hidup rukun dan damai bersama hingga ke jannah,” katanya.

Bella dan Emran atau Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, bernikah pada 8 September lalu di lokasi tertutup di ibu negara.

 ??  ??
 ??  ?? ERRA
ERRA
 ??  ?? BELLA
BELLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia