Harian Metro

KEDAI MAKANAN LUSUH

Kedai runcit warga Bangladesh jual barangan luput tarikh, kotor diarah tutup dua minggu

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

Tamak dan mahu mengaut keuntungan mudah. Itu tindakan pemilik kedai runcit di Taman Bukit Pelangi, Jalan Batu Tiga Lama, dekat sini, apabila dikesan menjual pelbagai barangan makanan dan minuman tamat tempoh.

Tindakan lelaki warga Bangladesh yang bertaraf pemastauti­n tetap berusia 40-an itu mengejutka­n dan disifatkan tidak bertanggun­gjawab apabila ada beberapa barangan yang luput tarikh sejak lebih dua tahun lalu masih diletakkan di rak jualan premis berkenaan.

Premis yang menggajika­n dua pekerja warga asing itu juga tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu apabila tersebar video berdurasi satu minit dan beberapa gambar memaparkan seorang pengguna mempersoal­kan pemiliknya yang masih menjual barangan ‘basi’ terbabit.

Berikutan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya melakukan serbuan dalam operasi bersepadu di premis itu jam 11 pagi, semalam.

Dalam operasi itu, pemeriksaa­n mendapati puluhan produk makanan dan minuman didapati melakukan kesalahan termasuk label dan barangan tamat tempoh sekali gus melanggar peraturan mengikut Akta Makanan 1983.

Selain itu, premis terbabit didapati berada dalam keadaan kotor kerana beberapa tempat meletak barangan makanan dikesan menjadi lokasi serangga termasuk lipas.

Jurucakap JKNS berkata, pihaknya turut membuat sitaan ke atas beberapa produk seperti rempah ratus, beras, tepung, ikan bilis dan minuman berkotak.

“Sitaan ini dibuat kerana pemilik premis gagal mematuhi peraturan dan menjual barangan tamat tempoh. KKM juga mengeluark­an notis menutup premis selama dua minggu kerana ia didapati terlalu kotor,” katanya kepada Harian Metro yang turut menyertai operasi berakhir jam 3 petang itu.

Katanya, dalam operasi sama, KPDNKK turut merampas 51 botol minyak masak dan 18 kotak rokok dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Sebanyak 18 paket gula pasir turut dirampas dan semuanya dianggarka­n berjumlah RM249.10. Tindakan diambil mengikut Peraturan 3 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011,” katanya.

Dalam operasi sama, Jabatan Imigresen turut menahan empat lelaki dan dua wanita warga Nepal, Bangladesh serta Pakistan berusia 20 hingga 30 tahun kerana melakukan kesalahan imigresen untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa memeriksa tarikh luput makanan dalam operasi, semalam.
ANGGOTA penguat kuasa memeriksa tarikh luput makanan dalam operasi, semalam.
 ??  ?? BARANG makanan disimpan dalam kotak berserangg­a dan produk tamat tempoh yang dijual di kedai runcit di Taman Bukit Pelangi.
BARANG makanan disimpan dalam kotak berserangg­a dan produk tamat tempoh yang dijual di kedai runcit di Taman Bukit Pelangi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia