Ubah destini anak bangsa
44,400 pelajar, murid terima sumbangan beg sekolah bernilai RM1.8 juta
Seramai 44,400 pelajar dan murid membabitkan 222 Parlimen seluruh negara menerima sumbangan beg sekolah bernilai RM1.8 juta menerusi Program
Program kali ketiga anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu menyasarkan penerima daripada keluarga miskin dan kurang bernasib baik terutama golongan B40 (pendapatan purata bulanan di bawah RM3,860).
Menteri KKLW Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 38,200 beg sekolah akan diagihkan ke semua
191 UMNO bahagian dengan setiap bahagian menerima 200 beg sekolah dan penerimanya dikenal pasti oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian masing-masing.
Beliau berkata, bagi Sarawak pula, pihaknya bekerjasama dengan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bawah kepemimpinan Datuk Seri Fadillah Yusof.
“Saya dapat jaminan daripada Pengerusi YPM yang baru (Datuk Zahida Zarik Khan) beg sekolah akan sampai ke setiap bahagian sebelum sekolah bermula.
“Walaupun pemberian kita tidak banyak, saya percaya setiap bahagian ada program
“Ini sebahagian daripada sumbangan dan perhatian KKLW untuk mengubah destini anak bangsa yang tidak dapat lari daripada pendidikan,” katanya ketika
masing-masing. berucap melancarkan Program
sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri KKLW Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Awang Adek Hussin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, banyak kemajuan dalam bidang pendidikan hari ini bermula daripada parti itu.
“Saya percaya banyak dasar pendidikan negara datangnya daripada usul yang dibahaskan secara khusus dalam Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun.
“Banyak polisi kerajaan hari ini adalah hasil perbahasan dan usul yang dibawa UMNO sendiri,” katanya.