ABAI AMALAN BERPANTANG
Ada juga yang tidak tahu mereka mengalami mati putik disebabkan terkeliru dengan perubahan diri selepas melahirkan anak. Paling teruk, ada yang menganggap diri mereka kurang tertarik kepada pasangan disebabkan faktor ‘berbahagi kasih’ antara anak dan suami.
“Sepanjang mengendalikan spa, majoriti pelanggan yang saya temui tidak tahu mereka mengalami mati putik. Jika hendak digambarkan dengan angka, kira-kira lapan daripada 10 wanita yang datang untuk bertangas di sini mengalami masalah disfungsi seksual.
“Mereka ini dari luarannya nampak sihat, tetapi melalui masa sukar ketika bersama suami, tidak ada rasa ghairah atau minat untuk bersama hinggakan ada yang mengaku sudah empat bulan menjalani kehidupan suami isteri yang ‘kosong’,” katanya.
Jelas Nur Ain, banyak faktor mendorong berlakunya mati putik dalam kalangan wanita moden kini. Antara punca utama adalah mengabaikan amalan penjagaan dalaman dan luaran ketika proses berpantang selepas melahirkan anak.
“Kalau dikaji, terdapat beberapa situasi yang boleh menyumbang kepada mati putik. Bagi wanita yang masih ragu-ragu, mungkin mereka boleh lihat kembali sejarah kelahiran yang lalu.
“Lihat sama ada mereka pernah melalui tekanan perasaan ketika bersalin atau berpantang, mengalami kemurungan, tidak berurut selepas bersalin, meninggalkan amalan bertungku atau ada melanggar adab lain ketika berpantang.
“Sekiranya ada antara perkara berikut berlaku dan wanita berkenaan jelas semakin kurang berminat untuk mengadakan hubungan intim dengan pasangan, ada kemungkinan dia mengalami mati putik. Usah malu untuk mendapatkan bantuan dan rawatan
Antara faktor utama dorong mati putik
dalam kalangan
wanita moden kini