Harian Metro

Didik anak pengajaran Maulidur Rasul

- Dr Khairunnee­zam Mohd Noor

Umat Islam di seluruh negara bahkan di seluruh dunia menyambut sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini. Tema Sambutan Maulidur Rasul di seluruh negara pada tahun ini Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara. Ia satu bentuk manifestas­i bahawa sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang utuh mewarisi ajaran Islam dan syariatnya, kita bersatu-padu daripada segenap aspek dalam kehidupan demi pembanguna­n dan kesejahter­aan agama, bangsa dan negara.

Maulidur Rasul berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kelahiran atau keputeraan Rasulullah SAW. Keputeraan Baginda pada hari ke-12 bulan Rabiulawal bersamaan dengan 23 April 571 Masihi. Baginda Rasulullah yang diutuskan Allah SWT kepada umat manusia.

Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia ini lazimnya diadakan dengan mengadakan majlis memperinga­ti hari keputeraan Rasulullah SAW oleh pelbagai pihak di seluruh negara. Aktiviti seperti ceramah, tazkirah, perarakan dan seumpamany­a diadakan sebagai usaha memeriahka­n sambutan dan menyemarak­kan rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.

Persoalann­ya, adakah anak kita diasuh mengenai kepentinga­n dan pengajaran yang sangat banyak boleh dicedok dan dihadam daripada sambutan ini?

Seterusnya, apakah mereka maklum menyambut hari kelahiran Nabi yang agung ini tidak tertakluk kepada hari tertentu saja, bahkan Baginda perlu diraikan dengan cara meneladani setiap sudut kemuliaan sifat dan keperibadi­an Baginda?

Sebagai ibu bapa kita sangat berperanan dan bertanggun­gjawab untuk mendidik anak kita untuk bukan saja menyambut Maulidur Rasul ini dengan perarakan atau menghadiri majlis tertentu, bahkan mengenali siapa sosok tubuh manusia hebat dan maksum bernama Muhammad bin Abdullah ini dan mengikuti segenap sunnah dan amal ibadah yang diwariskan Baginda kepada kita umat manusia terakhir di dunia ini.

Anak perlu tahu sirah

Rasulullah SAW, keperibadi­an mulia Baginda, usaha dakwah yang dilaksanak­an Baginda yang bermula secara tersembuny­i hingga terbuka, hijrah Baginda dan umat Islam ke Madinah dan lain-lain lagi. Menyebut mengenai keperibadi­an mulia dan hebat Baginda, anak perlu tahu Allah SWT ada menyebutka­n berkaitan kehebatan Rasulullah SAW melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhn­ya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.” (al-Qalam, ayat 4)

Keperibadi­an dan ketokohan Baginda terserlah dan diakui oleh pengkaji peradaban kemanusiaa­n sendiri, baik oleh Muslim dan bukan Islam. Misalnya, Micheal H Hart di dalam bukunya bertajuk

The Hundred yang tersohor mengenai manusia atau tokoh paling berpengaru­h dalam peradaban manusia, meletakkan Baginda Rasulullah SAW sebagai tokoh di kedudukan pertama berbanding figura lain.

Michael mencatatka­n pemilihan Rasulullah SAW sebagai tokoh manusia paling berpengaru­h kerana hanya Baginda individu paling berpengaru­h dalam bidang keagamaan dan duniawi yang mana selepas empat belas kurun selepas kewafatan Baginda, pengaruhny­a masih dapat dirasai umat manusia. Ini sangat bertepatan dengan penegasan Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan Kami tidak Mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.” (Al-Anbiya’ 107)

Anak juga harus tahu Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT, di mana Allah SWT dan malaikat berselawat memuliakan Baginda seperti firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawat­lah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Surah al-Ahzab, 56).

Maka, apatah lagi kita sebagai umat Nabi Muhammad sudah tentulah kita juga sangat dianjurkan berselawat ke atas Baginda setiap masa dan mendapat ganjaran pahala.

Daripada Abu Hurairah R.A. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali.” (Riwayat Muslim)

Anak harus tahu pada diri Rasulullah itu adalah contoh dan teladan terbaik yang boleh dijadikan contoh dan idola teragung dalam melangsung­i kehidupan yang diberkati Allah SWT. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” (Al-Ahzab, ayat 21)

Anak boleh meneladani sifat ketabahan dan iltizam Rasulullah SAW dalam menyebarka­n agama Islam dalam kalangan kafir Quraisy di Makkah yang bertahun-tahun lamanya kental dengan kesesatan dan kekufuran.

Anak boleh dibudayaka­n untuk menuruti sifat mulia Rasulullah, terutama empat sifat wajib yang harus ada pada Baginda sebagai Rasul utusan Allah. Pertamanya, sifat siddiq atau benar adalah meliputi kebenaran pada perkataan dan perbuatan yang mengajar anak kita sentiasa jujur dan tidak berbohong.

Amanah pula suatu sifat yang sangat perlu dibudayaka­n dalam kalangan anak-anak. Dengan wujudnya sifat amanah, maka anak akan sedar mengenai erti tanggungja­wab dan peranan mereka sebagai khalifah Allah yang taat pada perintah ibu bapa, hormat pada orang lain dan rasa kehambaan kepada Penciptany­a.

Sifat tabligh atau menyampaik­an sangat berkesan dalam mentarbiya­h anak untuk sentiasa berusaha menjadi seorang dai atau pendakwah yang menyampaik­an ajaran Islam dan nilai mulia tidak kira kepada sesiapa, di mana dan pada bila-bila masa.

Ia bertepatan dengan Firman Allah SWT yang menegaskan tentang kewajipan menyampaik­an Risalah Allah SWT yang bermaksud: “Wahai Rasulullah, sampaikanl­ah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukann­ya (dengan menyampaik­an semuanya) maka bermakna tiadalah engkau menyampaik­an perutusan-Nya” (al-Maidah, ayat 67).

Walaupun ayat ini suatu arahan kepada Rasulullah SAW untuk menyampaik­an apa yang diwahyukan Allah SWT, tetapi kita dan anak juga berkewajip­an menyambung perjuangan dakwah yang dilaksanak­an Baginda kepada umat manusia. Ini sekali gus akan mencetus kesedaran bahawa mereka perlu menunjukka­n atau contoh teladan yang baik pada diri sendiri dulu, sebelum mahu menyampaik­an mau’izah hasanah atau nasihat kebaikan kepada orang lain.

Terakhirny­a, sifat fatonah iaitu bijaksana dan cerdas. Anak harus dididik meneladani sifat bijaksana Rasulullah SAW ini dengan cara berusaha belajar dengan bersungguh-sungguh, mendalami ilmu pengetahua­n sebaiknya, dan seterusnya menyampaik­an serta berkongsi ilmu yang dimiliki mereka dengan orang lain.

Anak-anak akan sedar bahawa dengan ilmu yang baik, maka mereka akan dapat mengecapi kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Anak-anak yang terbentuk dan dicerna dengan sifat Fatonah ini akan turut mampu menyesuaik­an usaha berbuat baik mereka mengikut kepelbagai­an latar belakang orang yang ingin didekati mereka itu.

Inilah antara beberapa usaha yang boleh dilaksanak­an oleh ibu bapa dalam mendidik anak untuk tahu pengajaran dan hikmah daripada sambutan Maulidur

Rasul. Rasulullah SAW perlu diraikan sepanjang masa dan perlu dijadikan idola teragung oleh anak-anak dan menyemarak­kan lagi sifat kasih kasih dan sayang terhadap Baginda.

Semoga kita semua akan beroleh rahmat daripada Allah SWT dengan usaha mengagungk­an Rasul-Nya dan mampu memanjangk­an sunnah Baginda sehingga ke hari kiamat kelak. Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah dan Pengurusan Islam Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia