Harian Metro

Buntu berdepan ujian berganda

-

Banting: “Pak cik sudah tidak mampu bergerak dan hanya terlantar setiap hari. Harapan terletak pada dua cucu memandangk­an ibu mereka pun tidak sihat,” kata Yunus Yut.

Yunus, 70, yang dijaga dua cucunya Ahmad Danial Haziq Mawizam, 8, dan Ahmad Danial Harraz, 6, buntu memikirkan bagaimana harus menghadapi ujian itu.

“Saya sebenarnya menghidap angin ahmar sejak 2009, tetapi keadaan bertambah buruk selepas terjatuh Mei lalu sehingga cedera di belakang.

“Sejak itu, saya tidak boleh bangun dan setiap kali mahu buang air, saya perlu guna bekas.

“Saya bersyukur ada anak dan dua cucu yang sanggup buat apa saja demi saya,” katanya sayu.

Katanya, kesanggupa­n dua cucu menguruska­nnya perkara yang sangat mulia.

“Tiada yang pernah buat perkara seperti itu terutama kanak-kanak seusia mereka. Saya bernasib baik kerana ada mereka.

“Apabila saya mahu minum atau makan, mereka buatkan dan bagi pada saya.

“Sudahlah mereka tidak dapat kasih ayah ditambah pula anak saya pun sakit. Siapa lagi yang mahu jaga saya?

“Mujurlah, mereka boleh berdikari. Haziq boleh urus diri dan membelikan makanan untuk adik yang menjaga saya di rumah selepas pulang dari sekolah,” katanya.

Sedih mengenangk­an apabila dua cucunya melupakan dunia kanak-kanak buat seketika, kata Yunus, dia berharap anak dan cucunya terus berjuang mendepani cabaran itu.

“Saya harap Haziq dan Harraz sentiasa ke sekolah dan mengikuti pendidikan seperti kanak-kanak lain.

“Senang hati saya jika kedua-dua mereka boleh berjaya dalam hidup, ditambah anak saya sudah tidak boleh bekerja kerana sakit.

“Selama ini, dia hanya meraih pendapatan kira-kira RM700 sebulan sebagai pengasuh tetapi kini susah untuk saya katakan,” katanya.

 ??  ?? YUNUS
YUNUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia