Harian Metro

HANYA PADA OIC

- Amir Abd Hamid amir_hamid@hmetro.com.my

Ipoh

Kuala Lumpur

Kemelut tidak berkesudah­an di Baitulmaqd­is yang turut menempatka­n Masjid Al-Aqsa sejak berdekad lamanya boleh diselesaik­an sekiranya negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memainkan peranan sebagai pengimbang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini kerana PBB memiliki negara ahli yang mempunyai kuasa veto iaitu Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Russia serta China dan sukar dicabar termasuk apabila satu daripada negara ini membuat keputusan melulu.

Pandangan itu diluahkan pakar isu Palestin, Pengerusi Yayasan Al Amin Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin yang mengaitkan isu terbaru kota suci itu apabila Presiden AS Donald Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel.

“Negara OIC sebenarnya memiliki kekuatan yang tidak dimanfaatk­an sepenuhnya dalam menentukan keamanan dunia khususnya perebutan Baitulmaqd­is sejak sekian lama.

“Ekonomi, sumber minyak dunia malah semangat syahid orang Islam yang terangkum dalam OIC memang tiada tandingann­ya.

“Namun, apa yang berlaku ketika ini OIC tidak memainkan peranan pentingnya termasuk menjadi pengimbang kepada negara kuasa veto dalam PBB,” katanya yang sudah menerokai ilmu di Palestin khususnya Masjid al-Aqsa lebih 40 kali sejak sembilan tahun lalu.

Selain mengetuai NGO Yayasan Al Amin yang khusus untuk Palestin, beliau kini menyiapkan tesis pengajian doktor falsafah (PhD) mengenai Sejarah Baitulmaqd­is dan Jerusalem di Institut Kecemerlan­gan Pengajian Baitulmaqd­is di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Apa pun sepanjang saya mengenali orang alim di Palestin, sejujurnya kemelut di Baitulmaqd­is hanya akan mencapai titik noktah dengan peperangan.

“Ini kerana Yahudi zionis sangat terkenal dengan sikap yang apabila tersepit termasuk dengan gerakan intifada dan tekanan dunia tiba-tiba minta perdamaian. Namun dalam proses itu mereka sering mengkhiana­ti perdamaian.

“Pasti berlaku zionis meminta bantuan negara kuasa veto PBB khususnya AS untuk menjadi orang tengah kononnya langkah berdamai,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu Baitulmaqd­is, katanya, selain isu kekejaman rejim zionis dan penjarahan terhadap tanah Palestin ialah pengkhiana­tan Arab Palestin yang sanggup menjual tanah mereka untuk keuntungan sementara.

Menurutnya, isu orang Arab Islam menjual tanah di Baitulmaqd­is kepada orang Yahudi berlaku sejak 1948 lagi hinggakan apabila terlalu serius pada 1967 mufti mengeluark­an fatwa tidak boleh jual tanah kepada

Yahudi.

Ribuan penduduk Palestin mengadakan bantahan sempena ‘Hari Kemarahan’ di Tebing Barat, Gaza dan di Timur Baitulmaqd­is semalam bagi membantah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktira­f bandar ini sebagai ibu kota Israel.

Hampir seluruh negara Arab dan Islam, ribuan penduduk berhimpun selepas solat Jumaat bagi melahirkan bantahan terhadap tindakan Trump.

Pergerakan Hamas yang menguasai Semenanjun­g Gaza menyeru “Hari Kemarahan” manakala pemimpinny­a, Ismail Haniyeh melancarka­n intifada.

Sejurus solat Jumaat selesai di Masjid Al-Aqsa di sini, ratusan jemaah berarak melaungkan slogan, “Baitulmaqd­is milik kami! Baitulmaqd­is ibu kota kami!,”.

Beberapa jemaah juga dilihat bergelut dengan polis dan askar

 ??  ??
 ??  ?? PENUNJUK perasaan berhimpun di depan Masjid Al-Aqsa.
PENUNJUK perasaan berhimpun di depan Masjid Al-Aqsa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia