Harian Metro

Cubaan pindah pejabat kedutaan ke Baitulmaqd­is tak wajar

-

Nilai: Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel membuktika­n mereka tidak sensitif terhadap umat Islam.

Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, cubaan AS memindahka­n pejabat kedutaanny­a dari Tel Eviv ke Baitulmaqd­is sesuatu yang tidak wajar.

Katanya, biarpun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah mengisytih­arkan Baitulmaqd­is sebagai kota suci umat Islam, namun ia tidak diendahkan.

“Oleh demikian, pihak kami (USIM) tidak terkecuali mengadakan perhimpuna­n solidariti membantah cubaan itu. Seramai 200 penuntut USIM berhimpun di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, di sini selepas solat Jumaat, semalam (kelmarin),” katanya.

Beliau berkata, bantahan itu sebagai kepekaan dan tanda simpati terhadap penduduk Palestin.

“Apa yang kami perhatikan adalah AS dan Zionis Israel semakin angkuh dan sombong.

Seoul Mereka tidak sensitif terhadap kota suci umat Islam,” katanya.

Sementara itu, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, perbuatan itu menjadikan konflik antara Palestin dan Israel bertambah buruk.

“Tindakan ini mengundang ketidakpua­san hati umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia. Pada masa sama usaha meleraikan peperangan bertambah sukar,” katanya.

Dr Muzaffar berkata, tindakan oleh Trump dilihat sebagai usaha menyebarka­n pengaruh militan dan keganasan di serata dunia. Oleh demikian, Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) perlu bertindak melindungi masyarakat Palestin.

 ??  ?? PENUNTUT USIM mengadakan perhimpuna­n solidariti di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, di sini, semalam.
PENUNTUT USIM mengadakan perhimpuna­n solidariti di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia