Harian Metro

Dua pejuang Hamas mati

-

“Selepas itu penjualan tanah milik Palestin berkuranga­n namun masih berlaku. Sebagai contoh penjualan tanah yang berlaku berhampira­n makam tokoh sufi wanita Rabiatul Adawiyah di Bukit Zaitun, Baitulmaqd­is pada 1985 sebelum penjualnya seorang rakyat Palestin beragama Islam lari berhijrah ke AS.

“Kesan buruknya berlaku sehingga hari ini apabila pemilik baru iaitu Yahudi zionis bukan sahaja mendirikan bangunan malah selamba mengibarka­n bendera Israel walaupun kawasan itu dikhususka­n untuk orang Islam,” katanya.

Bandar Gaza: Dua pejuang Hamas dilaporkan terbunuh dalam serangan udara dilancarka­n rejim zionis Israel pagi semalam berikutan ketegangan di Palestin selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara haram Israel.

Serangan yang dikatakan mensasarka­n kubu Hamas di Nusseirat, Semenanjun­g Gaza itu antara tindakan ketenteraa­n Israel terhadap pejuang Hamas berikutan serangan tiga roket ke selatan Israel.

AFP dalam satu laporan menyebut bahawa dua pejuang itu disahkan sebagai Mahmud al-Atal, 28 dan Mohammed al-Safdi, 30, yang masing-masing terbabit dalam tiga peperangan menentang Israel sejak 2008.

Mayat kedua-dua pejuang berkenaan ditemui beberapa jam selepas serangan dilancarka­n Israel.

Dalam serangan itu Israel mensasarka­n dua tempat pembuatan senjata, gudang simpanan senjata dan kawasan kubu pejuang Hamas.

 ??  ?? PERTEMPURA­N antara rakyat Palestin dan askar
Israel di Baitulaham.
PERTEMPURA­N antara rakyat Palestin dan askar Israel di Baitulaham.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia