Harian Metro

TENGKORAK DALAM SEMAK Dua lagi suspek direman tujuh hari

- Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

Pemilik kedai makan temui rangka manusia ketika membersihk­an premis

“Sewaktu memerhati dari jauh, saya sangkakan objek itu bola dan terkejut mendapati ia tengkorak,” kata pemilik kedai makan di Kampung Senawang, di sini, mahu dikenali sebagai Ah Chong, 45, yang menemui tengkorak manusia berhampira­n premisnya, kelmarin.

Ah Chong berkata, pada kejadian 2.30 petang, dia membersihk­an kedai makan berikutan pelanggan mendakwa banyak nyamuk.

“Saya membersihk­an seluruh kawasan kedai termasuk di belakang premis. Sebaik mendekati semak, saya ternampak objek mencurigak­an,” katanya.

Menurut Ah Chong, dia mendekati saliran air namun terkejut menemui tengkorak dan segera menghubung­i polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superinten­dan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi jam 2.30 petang dengan dibantu Unit Anjing Pengesan (K9).

Katanya, pencarian diperluask­an dalam kawasan semak sebelum pihaknya menemui serpihan tulang dan rahang manusia.

“Hasil temubual bersama pengawal keselamata­n berdekatan, mereka memaklumka­n tidak terhidu bau busuk. Pihak kami juga tidak menemui sebarang senjata di lokasi,” katanya.

Sulizmie Affendy berkata, pakar perubatan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) mengesahka­n pemilik tengkorak itu meninggal dunia lebih sebulan lalu.

“Berdasarka­n keadaan belakang tengkorak, ia dipercayai milik seorang lelaki. Buat masa ini tengkorak, tulang dan rahang dianalisis di Jabatan Forensik HTJ,” katanya.

Beliau berkata, kes setakat ini diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR). Melaka: Dua lagi suspek bagi kes bunuh pelajar tingkatan empat yang ditahan kelmarin, direman tujuh hari sehingga 15 Disember ini.

Perintah reman itu dikeluarka­n Majistret Analia Kamaruddin, di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini semalam.

Kedua-dua suspek berusia 32 dan 38 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, kira-kira jam 10 pagi, menaiki van dan trak.

Suspek berusia 32 tahun dilihat memakai baju berwarna ungu manakala seorang lagi suspek memakai baju berwarna jingga.

Kelmarin, suspek pertama direman tujuh hari hingga 14 Disember ini, selepas menjadi suspek pertama ditahan di Kampung Segenting Baru, Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada Khamis lalu. Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pelajar berusia 16 tahun M Arunasalam dirawat di zon merah Hospital Melaka, disahkan meninggal dunia selepas diberi bantuan pernafasan selama 30 minit.

Mangsa dihantar orang awam ke Jabatan Trauma dan Kecemasan Hospital Melaka selepas didakwa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah hentian bas di Ayer Keroh, di sini, pada 4 Disember lalu.

Susulan itu, polis mengeluark­an kenyataan memburu tiga suspek dipercayai ada kaitan dengan video yang tular di Facebook, yang disahkan berlaku di Krubong, di sini.

 ??  ?? Berdasarka­n keadaan belakang tengkorak, ia dipercayai milik seorang lelaki. Buat masa ini tengkorak, tulang dan rahang dianalisis di Jabatan Forensik HTJ”
ANGGOTA forensik polis melakukan siasatan di lokasi penemuan rangka manusia di Kampung Senawang,...
Berdasarka­n keadaan belakang tengkorak, ia dipercayai milik seorang lelaki. Buat masa ini tengkorak, tulang dan rahang dianalisis di Jabatan Forensik HTJ” ANGGOTA forensik polis melakukan siasatan di lokasi penemuan rangka manusia di Kampung Senawang,...
 ??  ?? SUSPEK kes bunuh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
SUSPEK kes bunuh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia