Harian Metro

BERSEKONGK­OL DENGAN EJEN DHAKA

-

50 hingga 100 sehari?” katanya.

Menurutnya, wang hasil melepaskan migran Bangladesh terbabit kemudian akan dibahagika­n semua anggota dalam kumpulan mereka.

“Jika kumpulan itu ada lapan orang, wang akan dibahagika­n. Saya tidak tahu berapa jumlah pembahagia­n itu tetapi apa yang diketahui, pegawai atasan ataupun yang berpangkat besar terima jumlah lebih tinggi,” katanya.

Muka depan Harian Metro kelmarin dan semalam mendedahka­n secara eksklusif modus operandi penyeludup­an migran Bangladesh yang dilakukan empat dalang sindiket pemerdagan­gan manusia yang berpangkal­an di Dhaka, Bangladesh melalui KLIA sejak 2010.

Keempat-empat dalang utama berkenaan dipercayai mengaut laba RM5.2 juta seorang setahun hasil penyeludup­an hamba moden itu ke negara ini. Mereka mengenakan bayaran antara RM15,000 hingga RM20,000 seorang kepada mana-mana migran Bangladesh yang mahu bekerja di negara ini.

Taktik licik dalang berkenaan yang menggunaka­n ‘wang pelincir’ dengan merasuah pelbagai pihak yang terbabit menyebabka­n usaha mengurangk­an warga asing yang memasuki negara ini secara haram terbantut.

Pembabitan ‘musang berbulu ayam’ yang ada di

KLIA ini sebenarnya menyusahka­n rakan mereka sendiri yang terpaksa turun padang mengepung dan berlari bersama-sama pendatang asing tanpa izin dalam operasi yang dijalankan hampir setiap hari di tapak-tapak projek perumahan atau di kilang-kilang di seluruh negara.

Pihak pengurusan tertinggi JIM sudah banyak melakukan pemantauan bagi mengelak pegawai dan anggotanya terbabit dalam rasuah namun usaha murni ini nampaknya masih belum mendapatka­n impak kepada menjaga intergriti jabatan.

Segelintir pegawai, anggota JIM ‘Group C’ bertugas di kaunter aktif seludup migran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia