Harian Metro

RUMAH KU TAK SIAP-SIAP

- Faliq Lajim hmetroshah­alam@hmetro.com.my

600 pembeli terbeban masih terikat bayaran pinjaman hampir 15 tahun

“Hampir 15 tahun saya membayar pinjaman rumah namun ia masih tidak disiapkan,” kata Zanuri Hussin, 45, pembeli rumah kos rendah Pangsapuri Bukit Rimau Indah Fasa 4, di sini.

Masalah yang berlarutan sejak 2002 itu membebanka­n 600 pembeli pangsapuri Fasa 3 dan 4 berkenaan kerana ia masih terbengkal­ai sehingga kini.

Malah, mereka mendakwa kawasan terbiar itu turut dijadikan sebagai ‘port’ penagih dadah.

Zanuri berkata, dia menunggu sejak sekian lama untuk memiliki rumah pertamanya itu.

“Sudah puas menunggu dan saya perlu membayar rumah sewa dan rumah pangsapuri berkenaan.

“Namun, entah bila saya dapat tinggal di rumah itu dan tidak mahu terus menyewa sepanjang hidup,” katanya ketika ditemui Metro Ahad bersama 15 pembeli lain di sini, semalam.

Tinjauan mendapati tiga daripada empat blok di Fasa 4 yang menempatka­n unit kos rendah itu sudah hampir siap, manakala blok terakhir di peringkat cerucuk akibat terbengkal­ai.

Selain itu, Fasa 3 sepatutnya terdiri daripada tiga blok flat kos sederhana rendah hanya siap 10 peratus.

Bagi pembeli lain, K Anakili, 33, dia terkesan apabila rumahnya masih di peringkat cerucuk.

“Saya terpaksa membayar ansuran bulanan rumah RM350 selain rumah sewa yang didiami ketika ini.

“Untuk apa membayar rumah yang belum nampak hasilnya? Malah, ramai pembeli lain turut disenarai hitam dan diisytihar muflis hanya kerana tidak membayar rumah berkenaan,” katanya.

 ??  ?? Rimau Indah PENGERUSI Bertindak Pangsapuri
yang digunakan Zairi Moh menujukkan tilam
Pangsapuri Bukit Rimau. penagih dadah di
KEADAAN rumah yang terbengkal­ai di Pangsapuri
Bukit Rimau.
Rimau Indah PENGERUSI Bertindak Pangsapuri yang digunakan Zairi Moh menujukkan tilam Pangsapuri Bukit Rimau. penagih dadah di KEADAAN rumah yang terbengkal­ai di Pangsapuri Bukit Rimau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia