Harian Metro

Wanita diculik sudah ditemui

-

Shah Alam: Ibu anak dua yang diculik di tempat kerjanya di Kampung Jawa, Klang kelmarin ditemui selamat namun cedera pada beberapa anggota badan di kawasan kilang di Seksyen 36, di sini.

S Jothimani, 49, yang juga penyelia kilang ditemui orang awam selepas terdengar jeritan meminta bantuan, kira-kira jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditinggalk­an bersendiri­an di kawasan kilang itu.

“Orang ramai yang mendengar jeritan mangsa menghantar­nya ke sebuah hospital swasta di Klang bagi mendapatka­n rawatan,” katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Jothimani menerima panggilan telefon memintanya keluar untuk mengambil barang yang dibeli secara atas talian.

Namun, ketika mahu mengambil barangan itu, dia dilarikan tiga lelaki menaiki sebuah kereta Mercedes.

Menurut Shafien, mangsa mendakwa tidak mengenali suspek berikutan kedua-dua matanya ditutup selain turut dipukul.

“Barangan miliknya seperti telefon bimbit turut dilarikan dan polis sedang mempergiat­kan usaha mengesan suspek,” katanya yang mengklasif­ikasikan kes mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Sementara itu, adik mangsa, S Sathya, 33, mengesahka­n perkara berkenaan dan berkata barang kemas kakaknya turut dilarikan penjenayah.

 ??  ?? KAMERA litar tertutup menunjukka­n Jothiman diculik di kawasan tempat kerjanya di Kampung Jawa, Klang.
KAMERA litar tertutup menunjukka­n Jothiman diculik di kawasan tempat kerjanya di Kampung Jawa, Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia