Harian Metro

Salah faham punca pergaduhan

-

Ipoh: Salah faham dipercayai menjadi punca pergaduhan sehingga menyebabka­n seorang lelaki berusia 33 tahun cedera dipukul dua lelaki menggunaka­n topi keledar dan penutup tong sampah di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Ipoh, jam 9.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby berkata, hasil siasatan awal mendapati pergaduhan itu berlaku selepas mangsa ditegur oleh suspek berusia 40 tahun kerana memakai stokin dengan selipar.

“Mangsa kemudian bertanyaka­n kepada suspek yang ketika itu berada bersama isteri serta adik iparnya sama ada salahkah dia memakai sebegitu.

“Selepas itu, isteri suspek berkata kepada mangsa kenapa kata kepada suaminya begitu dan memberitah­u suaminya seorang samseng sebelum mangsa dipercayai menumbuk serta menampar wanita itu.

“Suspek bersama adik iparnya kemudian memukul mangsa menggunaka­n topi keledar dan penutup tong sampah,” katanya dalam kenyataann­ya, semalam.

Mohd Ali berkata, ketika disoal siasat, suspek melakukan perbuatan itu disebabkan terlalu marah kerana mangsa bertindak menampar dan menumbuk isterinya.

“Mangsa dan suspek tidak bermusuh serta tidak mengenali antara satu sama lain.

“Kedua-dua mereka sudah membuat laporan polis namun menarik laporan kerana sudah berdamai dan tidak mahu memanjangk­an perkara itu,” katanya.

 ??  ?? SEORANG lelaki cedera dipukul dua lelaki menggunaka­n topi keledar dan penutup tong sampah.
SEORANG lelaki cedera dipukul dua lelaki menggunaka­n topi keledar dan penutup tong sampah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia