Harian Metro

KEPINGIN SEJAK KECIL

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Keterujaan melihat kereta klasik dipandu di jalan raya ketika kecil membuatkan usahawan, N Sathya, 46, sanggup berhabis puluhan ribu demi memiliki kereta itu.

Katanya, kereta klasik pertama dimiliki adalah Fiat 600D buatan 1967 dan dibeli 10 tahun lalu daripada rakan dengan harga RM5,000.

“Saya turut membelanja­kan lebih RM10,000 untuk mencantikk­an kereta itu termasuk mengganti kusyen, mengecat dan menukar komponen lain.

“Selain itu, saya juga membeli buku bagi memahirkan diri serta menambah pengetahua­n berkenaan kereta itu,” katanya pada Jelajah Kereta Lama 2017 di Muzium Negara, semalam.

Kereta milik Sathya antara yang menarik perhatian pengunjung kerana menjadi model paling lama dipamerkan selain keunikan saiznya yang kecil.

Sathya berkata, dia sangat sayang dengan kereta itu kerana menghabisk­an masa dua tahun lapan bulan untuk menjadikan ia lebih menarik

Lelaki sanggup berhabis puluhan ribu ringgit demi miliki kereta klasik

dan baru.

“Kereta ini pernah memenangi tempat pertama sempena pameran klasik Alfa Romeo Melaka dan tempat ketiga ketika pameran kereta klasik di Langkawi.

“Langkawi lokasi paling jauh saya memandu dengan kereta ini yang mengambil masa sembilan jam,” katanya yang turut memiliki Fiat 127 keluaran 1979.

Sementara itu, penganjur Jelajah Kereta Lama 2017, Ami Rizal Ismail, 42, berkata, 40 kereta klasik dipamerkan pada program itu membabitka­n kereta buatan 1995 dan ke bawah.

“Antara kereta yang dipamerkan ialah Toyota, Datsun, Volvo, Fiat dan Proton. Pemilik kereta ini juga ada yang datang dari Johor Bahru, Pekan, Temerloh dan Kuala Selangor.

“Jelajah ini mendapat kerjasama Muzium Negara dalam usaha menyedar dan memperkena­lkan kepada orang ramai berkenaan peranan kereta lama yang mungkin tidak diketahui. “Malah, jelajah ini juga memupuk semangat cintakan sejarah khususnya dalam menghargai kereta lama,” katanya memberitah­u bakal mengadakan jelajah sama di Muzium Diraja dan Muzium

Automotif.

 ??  ?? SATHYA menghabisk­an RM20,000 bagi mencantikk­an keretanya.
SATHYA menghabisk­an RM20,000 bagi mencantikk­an keretanya.
 ??  ?? ANTARA kereta klasik yang menyertai Jelajah Kereta Lama di Muzium Negara.
ANTARA kereta klasik yang menyertai Jelajah Kereta Lama di Muzium Negara.
 ??  ?? PELBAGAI jenis kereta buatan 1995 dan ke bawah yang dipamerkan.
PELBAGAI jenis kereta buatan 1995 dan ke bawah yang dipamerkan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia