Harian Metro

Zaid sedia disiasat polis berhubung status di Twitter

-

Datuk Zaid Ibrahim sedia disiasat polis selepas dia memuat naik status di Twitternya berhubung titah Sultan Selangor Sharafuddi­n Idris Shah, baru-baru ini.

Zaid berkata, dia tidak membuat sebarang kesalahan dan tidak akan membuat permohonan maaf berhubung ‘tweet’ terbabit biarpun pelbagai pihak mendesakny­a berbuat demikian.

“Saya rasa saya tidak buat silap apa dan perkara itu kecil sahaja selain tidak perlu diperbesar­kan semua pihak.

“Memang tweet itu saya tujukan kepada Sultan Selangor, namun apa yang kesalahan saya lakukan sehingga saya perlu memohon maaf?

“Apapun saya serahkan kepada PDRM untuk menyiasat berhubung perkara itu dan saya akan memberi kerjasama penuh,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Sultan Sharafuddi­n Idris Shah sebelum ini bertitah mengenai kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkit­kan isu sensitif bagi kepentinga­n peribadi dan demi menarik undi.

Baginda juga bertitah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai ‘rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam yang boleh ‘membakar seluruh negara.’

Namun, titah Sultan Selangor itu mengundang rasa kurang senang pemimpin pembangkan­g seperti Zaid Ibrahim, yang menyatakan Sultan Selangor harus berhati-hati mengeluark­an titah dan tidak cuba bermain dengan politik kepartian.

Mayat seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditemui dengan kesan tetakan di badan serta tangan dan kaki diikat di Jalan Persiaran Bestari, Taman Bestari Indah, Johor Bahru, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superinten­dan Jokhiri Abd Aziz berkata, mayat ditemui orang awam yang melalui jalan berkenaan jam 8 pagi, kelmarin.

Katanya, siasatan dilakukan membawa kepada penahanan lapan individu dan semuanya ditahan reman tujuh hari sehingga Khamis depan.

“Siasatan menyeluruh masih dijalankan mengikut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia