Harian Metro

VSP mudahkan proses salur maklumat tanpa lalui kerenah birokrasi

-

Melaka: Banyak kes jenayah di negeri ini diselesaik­an dengan bantuan

(VSP) yang dilancarka­n sejak Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Sun Teoh Tia berkata, VSP adalah kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat memudahkan proses penyaluran maklumat tanpa melalui kerenah birokrasi.

“Maklumat mengenai jenayah, masalah sosial, bencana alam dan sebagainya sangat mesra pengguna kerana VSP hanya memerlukan telefon pintar.

“Masyarakat hanya perlu mengirim gambar, video, mesej melalui SMS atau aplikasi WhatsApp dan sebagainya. Ia hanya perlu memilih untuk dihantar ke pusat kawalan kontinjen yang mereka pilih,” kata Sun dalam sidang media selepas menutup Program

Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) negeri Mansor Mohd Hashim serta Ahli Majlis Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran Datuk Faridah Khalid.

Menurut Sun, sehingga kini kira-kira sejuta orang menjadi ahli VSP seluruh negara dan lebih 10,000 dari Melaka.

“Polis menghargai peranan masyarakat yang sentiasa berdamping dengan kami tidak kira melalui cara apa sekalipun.

“Malah aktiviti Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) terbukti mengurangk­an kadar jenayah,” katanya.

Program Touch Point itu dihadiri 300 peserta bertujuan memanfaatk­an ilmu berkaitan pencegahan jenayah serta cara menanganin­ya lebih awal bagi mengelak menggugat komuniti di masa depan.

 ?? Sun Teoh Tia ?? SUN (kiri) bersama Mansor (dua dari kanan) merasmikan Program Touch Point Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam. Polis menghargai peranan masyarakat yang sentiasa berdamping dengan kami tidak kira melalui cara apa sekalipun”
Sun Teoh Tia SUN (kiri) bersama Mansor (dua dari kanan) merasmikan Program Touch Point Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam. Polis menghargai peranan masyarakat yang sentiasa berdamping dengan kami tidak kira melalui cara apa sekalipun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia