Harian Metro

5,000 PEMINAT HADIR

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

Majlis perkahwina­n pelawak Abam Bocey dan pasanganny­a diraikan penuh meriah dengan kehadiran 5,000 peminat dan penduduk setempat di Taman Air Manis di sini, semalam.

Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 29, dan Nor Hidayah Mohd Ali, 26, berpakaian pengantin serba ungu bersanding pada jam 1.15 petang.

Abam berkata, dia bersyukur kerana melunaskan tanggungja­wab dalam agama dan turut menggembir­akan hati ibunya, Sabariah Arshad, 51.

“Alhamdulil­ah, majlis berlangsun­g dengan lancar dan ia berkat doa kedua-dua keluarga serta sahabat yang mahu melihat kebahagiaa­n saya bersama isteri tercinta.

“Saya berterima kasih kepada semua yang sudi hadir dan mendoakan perkahwina­n kami kekal hingga ke akhir hayat,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Pasangan itu diijabkabu­lkan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddi­n, jam 5.40 petang kelmarin.

Menurut Abam, dia berharap Nor Hidayah bersedia dari segi fizikal dan mental selepas mengahwini­nya.

 Abam Bocey, pasangan dirai penuh meriah

“Apabila sudah berkahwin dengan orang terkenal, seseorang itu akan berusaha melindungi privasi keluarga dan begitu juga diri saya.

“Kalau boleh, saya mahu isteri menjalani kehidupan seperti biasa. Makan di kedai dan membeli belah tanpa sesiapa tahu yang dia isteri saya,” katanya.

Nor Hidayah berkata, dia berterima kasih kepada keluarga Abam yang menerimany­a sebagai menantu walaupun mengakui masih gementar kerana berkahwin dengan pelawak terkenal.

“Insya Allah saya akan menjadi isteri terbaik dan memohon semua pihak mendoakan perkahwina­n yang dibina ini kekal sampai bila-bila,” katanya.

Sementara itu, pemandu lori, Azlan Noordin, 34, berkata dia sekeluarga tidak melepaskan peluang menghadiri majlis perkahwina­n pelawak terkenal itu walaupun datang dari jauh.

 ??  ?? MAJLIS perkahwina­n Abam Bocey bersama Nor Hidayah.
MAJLIS perkahwina­n Abam Bocey bersama Nor Hidayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia