Harian Metro

Bukan bantuan biasa-biasa

-

Sungai Buloh: “Selalunya dekat nak raya saja mak cik terima bantuan, tapi tak sangka pula hari ini, bukan saja dapat katil dan langsir baru malah rumah dicat dan kawasan sekitar dibersihka­n,” kata Esah Md Diah, 75.

Warga emas orang kurang upaya (OKU) itu berkata, dia amat terharu apabila terpilih sebagai peserta bantuan Program Jejak Asnaf anjuran pelajar Tahun Akhir Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di bawah Program Perhubunga­n Awam itu.

Menurutnya, ketika diberitahu akan dikunjungi sekumpulan pelajar dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberinya bantuan dua minggu lalu, dia terkejut kerana diadakan luar daripada ‘musim’ kebiasaan.

“Bentuk bantuan pula mak cik ingat biasa-biasa sahaja seperti bantuan keperluan makanan harian yang selalunya diterima pada musim seperti bulan puasa dan Aidilfitri.

“Tetapi, semalam (kelmarin), ada orang hantar katil dan tilam baru dan hari ini pula lebih 20 orang datang ke rumah membersihk­an persekitar­an rumah mak cik termasuk pasangkan tikar getah, katil dan langsir baharu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sri Indah B, di sini, semalam.

Ibu enam anak itu berkata, dia begitu terharu dengan sumbangan berkenaan dan berterima kasih kepada semua pihak terbabit termasuk Ketua Kampung dan pemimpin masyarakat.

Sementara itu Ketua Projek, Zurina Md Noor berkata, program disertai 20 pelajar tahun akhir FKPM itu turut mendapat kerjasama Institut Pendidikan Neo (iNED) dan kumpulan motosikal berkuasa tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB), 1TNB Bikers.

Pada projek khidmat masyarakat kali ini, lima rumah asnaf di Kampung Sri Indah B, Sungai Buloh dipilih menerima bantuan RM8,000 hasil kutipan derma pelajar, syarikat dan orang ramai.

 ??  ?? ZURINA (tudung kuning) beramah mesra bersama Penerima Sumbangan, Saripah Baharom (tengah) pada program Jejak Asnaf di kampung Sri Indah B.
ZURINA (tudung kuning) beramah mesra bersama Penerima Sumbangan, Saripah Baharom (tengah) pada program Jejak Asnaf di kampung Sri Indah B.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia