Harian Metro

‘TERIMA KASIH SEMUA’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

Tauke Jambu sah bergelar suami Nadia

dengan sekali lafaz

“Terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan dan mendoakan kebahagiaa­n kami. Sebenarnya soal nikah kahwin bukan perkara yang mudah.

“Saya kena pikul tanggungja­wab dan perlu menjaga amanah sebagai suami,” kata pelawak Tauke mengulas pernikahan­nya dengan Nadia Mohd Affendi.

Dengan sekali lafaz, Tauke atau Zamratul Amri Zakaria, 41, yang sudah lima tahun menduda, sah bergelar suami Nadia, 28, pada jam 11.55 pagi, semalam.

Pasangan ini dinikahkan Imam dan Jurunikah Masjid Al I’itisam, TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib di De’Laman Event Space.

Tauke sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali sebelum bertemu jodoh dengan Nadia.

Beliau turut mempunyai enam anak hasil perkahwina­n terdahulu.

Tauke yang

pernah menganggot­ai kumpulan Jambu bersama Allahyarha­m Yussry Edoo atau Yus, menyerahka­n mas kahwin RM300, wang hantaran RM30,000 berserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Pasangan ini mengikat tali pertunanga­n pada 5 Disember 2015.

“Syukur kerana saya dapat melaksanak­an majlis akad nikah dengan lancar. Selama enam tahun bercinta dan dua tahun bertunang, kami melalui pelbagai pengalaman dan ranjau.

“Nadia seorang yang tabah dan sabar dengan saya. Tiada wanita yang sabar seperti dia. Bagaimanap­un tidak perlu saya jelaskan secara terperinci cabaran yang dilalui,” kata Tauke.

Majlis serba sederhana ini dihadiri 100 tetamu termasuk rakan artis, Ropie Cecupak. Sementara itu, majlis resepsi bertemakan Fairy Tale turut berlangsun­g di lokasi sama semalam.

 ??  ?? SEKITAR suasana majlis pernikahan Tauke di De’Laman Event Space, semalam.
SEKITAR suasana majlis pernikahan Tauke di De’Laman Event Space, semalam.
 ??  ?? TAUKE bersama Nadia selepas dinikahkan dengan sekali lafaz.
TAUKE bersama Nadia selepas dinikahkan dengan sekali lafaz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia