Harian Metro

‘Tak sempat buat apa-apa’

-

Alor Setar: “Saya tak sempat buat apa-apa kerana sebaik Hoo terjatuh ke dalam sungai, dia terkapai-kapai sebelum tenggelam sebab arus deras.

“Saya cuba cari kayu untuk membantuny­a, tetapi tak sempat. Sebelum tergelinci­r dia sempat membaling telefon bimbitnya ke atas jambatan,” kata penyelia syarikat kontraktor, Wong Weng Aik mengenai pekerjanya, Hoo Chun Chian, 22, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Kedah di Jalan Alor Mengkudu di sini, semalam.

Wong, 35, berkata, sebelum kejadian dia bersama mangsa dan seorang pekerja Myanmar meninjau kawasan jambatan lama di Kampung Ganding Dalam, Jalan Alor Mengkudu jam 11.30 pagi sebelum kerja perobohan dilakukan.

Menurutnya, itu kali pertama mereka melakukan tugas di kawasan itu bagi projek pembinaan jambatan baru.

“Ketika itu kami hendak beredar kerana datang meninjau sekejap saja dan pada masa sama, Hoo menerima panggilan daripada seseorang sambil berjalan di tepi jambatan ini.

“Tidak lama kemudian kami terdengar bunyi benda jatuh dan ternampak mangsa terkapai-kapai sebelum tenggelam dibawa arus deras.

“Dia baru bekerja dengan kami sejak tiga bulan lalu dan sangat rajin,” katanya ditemui di lokasi.

Sementara itu, bapa mangsa, Hoo Kam Fook, 50, berkata, dia terkejut sebaik menerima panggilan jam 11.50 pagi yang memberitah­u anak sulung daripada tiga beradik itu jatuh sungai.

Katanya, ketika kejadian dia berada di tempat kerja berhampira­n rumah mereka di Tikam Batu, Sungai Petani dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Saya cuma harap anak saya ditemui selamat,” katanya.

Sehingga jam 4 petang semalam, usaha mencari mangsa giat dilakukan pasukan bomba serta polis di lokasi kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Pegawai Bomba Kanan II Zulkifle Md Esa berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.49 pagi dan sebuah jentera bersama Jentera Perkhidmat­an Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi jam 11.59 pagi.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota bersama seorang penyelia terbabit operasi dan dibantu sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jitra dan Sungai Petani. Hanya enam jam selepas menyamun seorang penternak ayam, lima suspek termasuk seorang wanita ditahan polis dalam empat serbuan berasingan sekitar negeri ini dan Kedah, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang, mangsa berusia 38 tahun cedera di kepala dan tangan kanan selepas bergelut dengan penyamun yang merampas rantai miliknya di Jalan Sungai Lembu di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa menghubung­i adiknya memberitah­u dia disamun suspek yang menaiki Perodua Myvi putih dan turut memberi nombor pendaftara­n kereta itu.

Menurutnya, adik mangsa membuat laporan dan susulan itu, polis menjejaki kereta terbabit yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an di hadapan sebuah restoran makanan segera di Simpang Ampat dekat sini, jam 9 malam.

“Suspek berusia 34 tahun itu yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan namun dia akhirnya ditahan.

“Hasil pemeriksaa­n, polis menemui parang, pisau pemotong daging dan dua nombor plat dipercayai palsu digunakan ketika menyamun mangsa sebelum itu,” katanya.

 ??  ?? KAM Fook
KAM Fook

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia