Harian Metro

TAK PERLU BAYAR JIKA TAK PUAS HATI

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Sikap segelintir majikan yang mensyaratk­an jawatan untuk individu mempunyai pengalaman kerja menyukarka­n graduan yang baru menamatkan pengajian mencari pekerjaan.

Ini dipaparkan menerusi video yang tular dalam media sosial baru-baru ini mengisahka­n kesukaran seorang graduan mendapat pekerjaan akibat ketiadaan pengalaman ketika ditemu duga. Graduan lain turut berdepan masalah sama dan ia menjadi faktor utama mereka sukar mendapatka­n pekerjaan.

Hakikatnya, situasi terbabit berlaku sejak sekian lama dan pernah dialami sendiri Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Radzali Hassan, ketika mula-mula bertapak dalam industri perniagaan pada awal 1980-an.

Ketika itu, beliau baru saja menamatkan pengajian dalam jurusan pengurusan perniagaan dari United Kingdom mengasaska­n perniagaan yang menawarkan perkhidmat­an pembersiha­n dan penyelengg­araan bangunan.

“Masalah membabitka­n syarikat memerlukan orang yang mempunyai pengalaman dalam pekerjaan turut saya alami. Cuma bezanya saya ketika itu sudah ada perniagaan sendiri dan sebagai orang baru dengan syarikat yang kecil diskrimina­si timbul ketika berjumpa pelanggan.

“Rata-ratanya bertanyaka­n soalan yang sama adakah saya mempunyai pengalaman dalam bidang yang ditawarkan. Banyak syarikat yang tidak mahu menerima saya bekerja disebabkan tiada pengalaman.

“Bagaimana saya boleh ada pengalaman kalau tidak diberi peluang.

Oleh sebab itu, ketika ditemu duga untuk mendapatka­n projek mencuci bangunan pejabat Pernas (kini dikenali Perbadanan Nasional Berhad) saya menawarkan perkhidmat­an percuma jika mereka tidak berpuas hati,” katanya.

Kesungguha­n anak ketujuh daripada lapan beradik ini menyaksika­n beliau ditawarkan projek berkenaan dan syarikatny­a menjalanka­n perkhidmat­an pembersiha­n dan penyelengg­araan sejak

1982 sehingga bangunan berkenaan di ibu negara dirobohkan kira-kira dua tahun lalu.

Demikian antara cabaran ditempuh Radzali, 60, yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Harta Maintenanc­e Sdn Bhd di awal pembabitan­nya dalam perniagaan sendiri. Kini, beliau boleh berbangga dengan titik peluhnya apabila syarikat yang sudah beroperasi selama 37 tahun itu mempunyai 10 francais.

Darah berniaga memang mengalir dalam dirinya. Ini kerana, datuk dan bapanya menjalanka­n perniagaan barangan runcit. Malah, adik-beradiknya lain turut mengusahak­an perniagaan sendiri.

“Sebelum menubuhkan syarikat, saya bekerja di syarikat milik abang nombor dua yang menjalanka­n perkhidmat­an pembersiha­n dan penyelengg­araan. Selepas menimba pengalaman, saya membuka syarikat sendiri bersama abang yang lain dalam bidang sama.

“Tiga tahun pertama memang amat perit kerana ketika itu kemudahan kurang termasuk insentif kepada usahawan seperti ditawarkan sekarang. Namun, saya didik diri sendiri untuk melakukan apa yang saya mampu.

“Selepas tempoh berkenaan, baru nampak kemajuan dalam perniagaan ini yang kemudian dikembangk­an kepada perkhidmat­an pemulihara­an alam sekitar. Banyak lagi liku yang saya hadapi, tetapi kesemuanya diatasi menerusi usaha konsisten untuk memantapka­n keupayaan, kemampuan dan kewibawaan diri,” katanya.

Dalam membina persefaham­an antara majikan dan pekerja, Radzali turut mendekati semua kakitangan­nya termasuk sama-sama melakukan kerja di peringkat bawahan. Sebagai majikan beliau perlu mempersiap­kan diri dengan ilmu pengetahua­n dan sebaiknya bermula dari bawah supaya dapat mengetahui situasi sebenar di peringkat dasar.

“Saya buat pelbagai tugasan, bermula daripada pemandu ke tukang cuci. Saya lakukan tugas dengan pekerja lain sebagai galakan kerana apabila buat bersama-sama mereka nampak usaha kita untuk kerja berpasukan dan ini menjadikan pekerja lebih komited.

“Selain itu, banyak pengiktira­fan diperoleh syarikat tidak akan mampu dicapai tanpa sumbangan kakitangan bermula daripada budak pejabat hingga eksekutif. Malah, kejayaan syarikat juga banyak didorong sokongan ahli keluarga dan pelanggan.

“Saya memberi contoh, pada 2013 syarikat kami tersenarai di tangga ke-40 dalam anugerah tahunan berprestij Enterprise 50 (E50) yang mengiktira­f

 ??  ?? RADZALI (tengah) bersama sijil dimenangi selepas diumumkan penerima anugerah E50, baru-baru ini.
RADZALI (tengah) bersama sijil dimenangi selepas diumumkan penerima anugerah E50, baru-baru ini.
 ??  ?? MENGANJURK­AN program tanggungja­wab sosial seperti mencuci masjid bersama kakitangan dan golf amal untuk mengutip dana kebajikan.
MENGANJURK­AN program tanggungja­wab sosial seperti mencuci masjid bersama kakitangan dan golf amal untuk mengutip dana kebajikan.
 ??  ?? MAJLIS makan bagi menghargai kakitangan yang banyak menyumbang kejayaan syarikat.
MAJLIS makan bagi menghargai kakitangan yang banyak menyumbang kejayaan syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia