Harian Metro

Tandas awam lima bintang

-

1. Aktiviti masa lapang?

Kerja amal dan bermain golf.

2. Makanan kegemaran?

Masakan pedas.

3. Tip kesihatan, senaman rutin atau aktiviti sukan?

Berjalan, menunggang kuda dan jaga pemakanan.

4. Impian yang ingin dicapai?

Mahu semua tandas awam di Malaysia dijaga kebersihan­nya sehingga

tahap lima bintang.

5. Pendorong?

Bapa tiri, Allahyarha­m Mohammad Ahmad

6. Tokoh dikagumi?

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu

7. Prinsip hidup?

Walaupun setinggi mana kita mendaki, sesekali pandanglah ke bawah masyarakat yang sentiasa menyokong kemajuan syarikat. Yayasan turut menganjurk­an acara kutipan dana, selain menghulurk­an bantuan langsung kepada pesakit kronik dan pelajar miskin.

“Malah, yayasan juga membantu memulihara alam sekitar menerusi aktiviti menanam pokok bakau dan membersihk­an sungai yang dicemari sampah-sarap,” katanya.

Francais platform

luaskan kuasa

Dipilih menjadi Pengerusi MFA bagi penggal 2017 sehingga 2019 sejak

Jun lalu, Radzali komited membawa persatuan berkenaan ke tahap yang lebih tinggi sehingga disegani di peringkat tempatan mahupun antarabang­sa dengan menetapkan hala tuju yang baru.

“Secara asasnya, MFA badan bukan kerajaan (NGO) yang sudah kukuh dan mantap. Namun, sebagai peneraju baru saya cuba membuat pembaharua­n mengikut keperluan semasa. Saya ingin meningkatk­an kemampuan persatuan menghasilk­an nilai tambah dalam perkhidmat­an yang ditawarkan.

“Misalnya, dalam usaha menjaga ahli dan menarik penyertaan ahli baru pastinya mereka bertanya apakah manfaat diperoleh jika bernaung di bawah persatuan ini. Kami mahu tekankan persatuan tawarkan banyak kemudahan bukan sekadar memberi bimbingan dan latihan, malah menyalurka­n akses kepada pasaran seperti perkongsia­n data.

“Menerusi persatuan juga ahli dapat peluang memajukan syarikat dengan bantuan agensi kerajaan seperti Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Perbadanan Pembanguna­n

Perdaganga­n Luar (Matrade) dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp). Ahli baru sama ada syarikat kecil atau besar, kami akan mantapkan supaya masing-masing boleh berdaya saing asalkan mereka sendiri mahu belajar untuk meningkatk­an keupayaan, bukan setakat tunggu dan lihat,” katanya.

Beliau turut berhasrat membuat penjenamaa­n semula MFA supaya lebih dikenali seperti nama besar NGO lain dalam dunia perniagaan sehingga menjadi satu entiti yang boleh negara banggakan, di samping mahu MFA mencapai lebih banyak pengiktira­fan berdasarka­n perkhidmat­an ditawarkan.

“Saya juga berharap

MFA dapat beroperasi di premis sendiri supaya kami boleh menyediaka­n kemudahan yang lengkap kepada ahli seperti pusat bimbingan dan latihan serta penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) di bawah satu bumbung.

“Dalam pada itu, saya juga mahu MFA menjana sumber pendapatan sendiri menerusi usaha sama dalam perniagaan atau menjadi rakan kongsi strategik. Oleh itu, dana persatuan dapat diperluask­an selain kutipan yuran ahli dan penganjura­n latihan,” katanya.

Beliau juga mahu lebih banyak kategori perusahaan dalam francais dikembangk­an berikutan industri berkenaan lebih tertumpu kepada perusahaan makanan menerusi pertambaha­n ahli baru daripada syarikat tempatan yang berminat untuk melebarkan perniagaan secara francais.

“Francais perusahaan makanan paling banyak mewakili hampir 40 peratus, manakala francais kategori pakaian dan aksesori, perkhidmat­an dan penyelengg­araan, pusat pembelajar­an dan asuhan kanak-kanak masingmasi­ng 11 peratus.

“Rawatan kecantikan dan kesihatan mewakili 10 peratus. Namun, peratusan kecil dilihat dalam kategori kedai serbaneka dan pasar raya iaitu dua peratus, manakala perkhidmat­an teknologi maklumat, telekomuni­kasi dan elektronik pula empat peratus,” katanya.

 ?? FOTO ?? RADZALI (tengah) bersama Ketua Eksekutif MFA, Ahmad Faizal Mohamed Noor (kiri) dan Setiausaha Agung MFA, Mohmad Shukri Salleh berbincang hala tuju persatuan.
FOTO RADZALI (tengah) bersama Ketua Eksekutif MFA, Ahmad Faizal Mohamed Noor (kiri) dan Setiausaha Agung MFA, Mohmad Shukri Salleh berbincang hala tuju persatuan.
 ??  ?? RADZALI komited bawa MFA ke tahap lebih tinggi.
RADZALI komited bawa MFA ke tahap lebih tinggi.
 ??  ?? KERAP melawat pesakit kronik di hospital dan menghulur sumbangan untuk meringanka­n beban.
KERAP melawat pesakit kronik di hospital dan menghulur sumbangan untuk meringanka­n beban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia