Harian Metro

WARIS RAPAT ARWAH DIUTAMA

-

Ketika berlaku kematian dalam sesebuah keluarga, siapakah lebih afdal memandikan jenazah dan mengimamka­n solat jenazah?

Kamal Bukit Katil, Melaka

Menguruska­n jenazah adalah fardu kifayah. Sudah pasti mereka yang dekat dengan jenazah lebih afdal menguruska­nnya.

Jika tiada, maka tang gungjawab ini berpindah kepada yang lain sehingga jika tiada orang menguruska­nnya maka berdosa seluruh masyarakat yang mengetahui.

Menurut yang terbaik adalah berdasarka­n wasiat arwah. Seandainya tiada wasiat maka yang berhak adalah isterinya atau suaminya, seterusnya ayahnya, bapa saudara, anak dan cucu lelaki.

Jika tiada kerabat yang mampu menguruska­n maka diserahkan mereka yang tahu hukum menguruska­n jenazah dan amanah.

Mereka yang paling utama menjadi imam pula ialah ayah jenazah, kemudian datuknya, barulah anaknya dan seterusnya cucu lelakinya. Kemudian adikberadi­k dan anak saudara yang terdiri daripada penerima pusaka.

Tidak sewajar yang menziarahi jenazah sekadar melihat sebaliknya hendaklah menyertai solat dan mendoakan bersama imam. Ini kerana solat dan doa ketika itu memberikan syafaat kepada jenazah, sebagaiman­a Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Tiada seorang lelaki Islam mati, lalu didirikan sembahyang jenazah ke atas mayatnya itu oleh 40 lelaki yang tidak menyekutuk­an Allah dengan sesuatu (yang lain) melainkan Allah memberikan kepada mereka itu syafaat baginya (si mati).” (HR Abu Daud) Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia