Harian Metro

MAKAN SEPINGGAN MINUM SECAWAN

-

“Yang terbaik antara kalian adalah yang terbaik terhadap keluarga atau isterinya dan saya adalah orang yang paling baik terhadap isteri atau keluargaku.” (HR Tirmidzi).

Semua orang mengimpika­n rumah tangga yang bahagia hingga hujung nyawa dan jika diizinkan Allah, sampai ke syurga. Disebabkan ketika ini musim orang naik pelamin, banyak jemputan perkahwina­n yang saya terima. Ada satu jemputan ini, saya terima daripada seorang sahabat lama.

Saya terkejut kerana ini adalah jemputan perkahwina­nnya yang keempat. Saya rasa macam baru menghadiri majlis pertamanya, setahun kemudian majlis perkahwina­n keduanya dan tahun lalu yang ketiga. Saya fikir sahabat saya sudah bahagia dengan suami ketiga. Rupanya tidak, jemputan kali keempat pula menyusul.

Begitu mudah dia dapat jodoh. Tidak sesuai dengan orang ini, berpisah kemudian bertemu dengan yang baru terus nikah. Tetapi, Alhamdulil­lah Allah mudahkan jodohnya bertemu dengan yang baru. Saya doakan dia bahagia dan jodoh yang keempat ini berkekalan hingga akhir hayat.

Jodoh setiap orang tidak sama, ada yang bertemu ketika usia muda, ada yang lanjut usia baru Allah temukan jodohnya. Semuanya tidak boleh jangka. Ada yang bercinta bertahun-tahun, akhirnya putus terus berkahwin dengan insan yang baru kenal sebulan.

Rumah tangga bukan semudah yang kita jangka. Kita bukan hidup dalam cerita dongeng, apabila sah menjadi suami isteri kita akan bahagia selamanya. Pelbagai ujian akan muncul di awal, pertengaha­n dan hujung nyawa kita.

Dalam perkahwina­n, perkara yang remeh boleh menjadi punca pertengkar­an jika tiada tolak ansur dan komunikasi yang baik. Banyak perkara sunah yang boleh kita lakukan dalam rumah tangga. Nampak remeh tapi itulah yang boleh membahagia­kan rumah tangga jika kena caranya.

Sebagai contoh Rasulullah

SAW sering makan sepinggan dan minum secawan dengan isterinya.

Dari Aisyah ra, ia berkata:

“Aku biasa minum daripada gelas yang sama ketika haid, lalu Nabi SAW mengambil gelas itu dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu baginda minum.”

(HR Abdurrozaq dan Said bin Manshur, dan riwayat lain yang senada daripada Muslim)

“Nabi SAW pernah minum daripada gelas yang digunakan Aisyah. Baginda juga pernah makan daging yang pernah digigit Aisyah.” (HR Muslim)

Kita juga boleh amalkan makan bersuap bersama pasangan kita. Nampak macam ‘mengada’ tapi apabila ia menjadi amalan, kasih sayang itu akan terus mengalir dalam hubungan rumah tangga. Ia juga boleh diterapkan pada anak-anak.

Sebagai suami memang ada egonya. Kalau boleh mahu bertegas dengan isteri dan anak mahu tunjuk kita berkuasa.

Tapi apabila kita lemah lembut, melayani, menemani isteri yang sakit adalah satu rahmat yang besar dalam rumah tangga. Menyayangi isteri dan melayaniny­a dengan baik.

Dari Abu Hurairah, dia berkata Rasulullah bersabda: “Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik antara kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya.” (HR Tirmidzi, Ibnu Hibban, hadis Hasan sahih).

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia