Harian Metro

Rakan sekuliah khianat, sebar fitnah

-

Saya gadis berusia 23 tahun dan masih menuntut di tahun dua di universiti tempatan. Saya mempunyai tiga rakan sekuliah dan hubungan kami baik hinggalah baru-baru ini saya mendapat tahu, mereka bertiga mengada-adakan cerita kononnya saya mempunyai skandal dengan pensyarah.

Saya terkejut dan mula tertekan, bimbang hal itu menjadi serius kerana ramai sudah bercakap mengenainy­a. Saya tidak sangka yang menyampaik­an fitnah itu kawan sendiri.

Sebenarnya saya dan pensyarah terbabit cuma mempunyai hubungan sebagai pelajar dan pengajar. Saya dimintanya membantu sunting kertas kerjanya bagi ijazah kedoktoran.

Saya menganggap­nya sebagai kerja sambilan. Saya pernah memberitah­u hal ini tetapi mereka tidak berminat ambil tahu mengenainy­a. Apabila mereka lihat saya sering bertemu pensyarah, saya pula dituduh mempunyai hubungan sulit.

Adakah mereka ini patut dipanggil kawan?

JOANNA Kuala Lumpur

Sukar apabila khabar tidak benar membabitka­n saudari disampaika­n oleh rakan sendiri. Teringat Dang Setia hadis menjelaska­n situasi sebegitu.

Menurut hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi; Rasulullah SAW menjelaska­n, tatkala ditanya oleh seorang sahabat: “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?”

Lalu baginda jawab: “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangny­a!” Kemudian baginda ditanya lagi: “Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?”

Jawab baginda lagi: “Sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar).”

Maknanya, jika mereka bercakap mengenai perkara yang benar tetapi tidak kita sukai, ia dinamakan mengumpat. Sebaliknya jika mereka bercakap perkara yang tidak benar, ia dipanggil memfitnah.

Jelas di sini, selaku sahabat baik, andai mereka mendapati perkara yang saudari lakukan itu tidak baik, ia perlu disusuli dengan teguran. Sahabat bukan saja diperlukan ketika berseronok semata-mata, sebaliknya mereka hadir pada waktu sukar untuk memberi sokongan.

Namun, berdasarka­n ciri saudari ceritakan, sikap mereka wajar ditegur. Bertemu dan minta penjelasan mereka mengenai cerita yang dihebahkan itu supaya dapat menjernihk­an keadaan dan persahabat­an.

Dapatkan dulu penjelasan dan ketahui punca mereka bersikap sedemikian. Mungkin hubungan persahabat­an itu dapat diperbaiki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia