Harian Metro

IBU TIRI SUAMI BANYAK KERENAH

-

mempunyai hubungan rapat dengan keluarga suami. Mulanya terasa sukar kerana perlu mengambil hati ibu tiri suami yang cerewet.

Setiap kali pulang ke rumah keluarga mentua, saya akan serba salah. Kalau bawa buah tangan, mesti madu ibu mentua mahu memilih dulu, ‘ibaratnya lebih sudu daripada kuah’. Apakah perlu saya lakukan?

NAINA Butterwort­h, Pulau Pinang

Sudah menjadi asam garam hidup berumah tangga, hubungan menantu dan keluarga mentua ada kala berdepan dengan konflik.

Tambah pula keluarga besar suami mempunyai keluarga tiri. Biarpun konflik timbul itu membabitka­n ‘madu’ kepada ibu mentua, saudari masih perlu menghormat­inya.

Berdasarka­n keterangan saudari sendiri betapa ibu tiri menyayangi suami, menjadi tanggungja­wab untuk saudari menggembir­akan wanita berkenaan.

Saudari seharusnya bersyukur kerana ada ibu mentua atau ibu kandung suami yang sanggup menasihati dan memberi sokongan. Hadapilah dengan sabar, mungkin ibu tiri bertindak sedemikian kerana mahu menguji.

Mana tahu apabila melihat saudari melayan dia dengan baik, hatinya akan berlembut. Seperti pepatah Melayu, ‘sekeras-keras kerak nasi apabila kena air akan lembut juga’.

Anggap ia juga cabaran pertama dalam melayari bahtera perkahwina­n. Minta juga bantuan suami untuk mengenali ibu tirinya dengan lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia