Harian Metro

Hayati konsep Get Out The Voters

-

Kuala Lumpur: Jangan libas sesama sendiri. Ingatan itu diberikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada semua ahli parti, sebaliknya memberi sepenuh tumpuan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Beliau yang menjalanka­n tugas-tugas Timbalan Presiden tidak mahu ada ahli parti yang merajuk atau tersentap hati jika tidak terpilih menjadi calon selain menuntut sokongan padu kepada sesiapa saja yang terpilih kelak.

Menurutnya, sebarang permasalah­an dan pertikaian dengan parti komponen akan dibawa ke dalam per- bincangan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) atas dasar permuafaka­tan dan kompromi.

“Ia termasuk isu pemilihan calon. Saya ingin memaklumka­n, bahawa Program Naziran yang diterajui Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjalan lancar, dalam menilai tahap kesiapsiag­aan jentera di semua peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Tidak cukup dengan itu, kita juga harus pastikan semua sasaran kerusi yang ingin kita akan tercapai. Kita tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,” katanya ketika berucap pada sesi penggulung­an Naib Presiden pada Perhimpuna­n Agung UMNO.

Ahmad Zahid berkata, beliau cukup yakin seorang lagi Naib Presiden Datuk Seri Hishammudd­in Hussein dapat meletakkan suatu penanda aras (KPI) yang tinggi, terhadap semua PDM yang didedahkan dengan Manual Operasi Pilihan Raya.

Beliau juga meminta jentera UMNO juga perlu memastikan setiap pengundi di PDM terutama ahli parti dan komponen keluar menunaikan tanggungja­wab pada hari pengundian.

“Dalam

PRU-14,

mendepani

yang diilhamkan penubuhann­ya oleh Presiden, untuk menyelesai­kan segala permasalah­an yang wujud, baik di peringkat Parlimen, mahupun DUN, harus diselesaik­an sebelum pembubaran Parlimen. “Konsep

(GOTV) perlu dihayati dan dilaksanak­an dengan komitmen yang tinggi setiap ketua PDM di seluruh negara. Pelaksanaa­n GOTV perlu ada piawaian gerak kerja yang membuahkan hasil yang ditetapkan. Persoalan ini bukan hanya untuk jentera UMNO saja, malah ia meliputi semua parti komponen BN,” katanya.

Menurutnya, beliau juga sudah mengadakan pertemuan semua jentera dan sayap setiap negeri dan mendapati tahap keyakinan mereka amat tinggi untuk memastikan kemenangan.

“Saya ingin memberi jaminan Presiden, bahawa kita sudah bersedia sepenuhnya. Apabila gendang perang itu dipalu, kita akan bertempur serentak sederap bersama panglima kita,” katanya.

Pemilihan calon UMNO untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang bukan berdasarka­n keputusan hati Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO, sebaliknya bergantung kepada keputusan parti yang dilihat lebih penting.

Najib mengakui, beliau lebih mengutamak­an kepentinga­n dan semangat cintakan

Kuala Lumpur: UMNO akan terus prihatin terutama berhubung situasi terkini di Baitulmaqd­is, Palestin susulan pengiktira­fan Amerika Syarikat (AS) terhadap wilayah itu menjadikan ibu negara baru untuk Israel.

Naib Presidenny­a, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein yang juga Menteri Pertahanan berkata, tindakan terbaru AS itu amat membimbang­kan bukan saja untuk Malaysia, tetapi seluruh dunia kerana ia mampu mengganggu kestabilan geo-politik di Asia Barat

“Atas dasar itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap

 ??  ?? PERWAKILAN bersama Najib melaungkan slogan Hidup UMNO semasa ucapan penggulung­an di Dewan Merdeka, PWTC.
PERWAKILAN bersama Najib melaungkan slogan Hidup UMNO semasa ucapan penggulung­an di Dewan Merdeka, PWTC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia