Harian Metro

Ahli perlu berani pertahan pemimpin

-

Kuala Lumpur: “(Apabila) pemimpin kita diasak, keberanian mempertaha­nkan pemimpin kita adalah pedangnya, jangan pula kita yang menghunusn­ya,” tegas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berucap ketika sesi penggulung­an pada hari terakhir Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 (PAU2017), semalam menggarisk­an empat tunjang untuk Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) iaitu pedang keberanian, perisai kesetiaan, bahtera satria dan strategi perang.

“Tunjang pertama adalah pedang keberanian. Keberanian dalam politik hari ini bukan diukur pada panjangnya pedang tetapi bagaimana cara kita menghunusn­ya.

“Janganlah kita takut kepada apapun kekuatan lawan dan percayalah kepada pedang yang kita miliki,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Katanya, ahli UMNO tidak sepatutnya menjadi petualang dalam parti itu jika ingin BN menang besar dalam PRU-14 kali ini.

“Dalam peperangan politik apabila parti kita diasak, keberanian­lah yang menjadi pedangnya.

“Jangan pula antara kita yang menjadi pedang menikam parti sendiri. Pemimpin kita diasak jangan pula kita yang menghunus pedangnya,” katanya.

Menurutnya, begitu juga apabila bangsa dan agama diasak maka keberanian serta jihad untuk berada di barisan depan adalah pedangnya.

“Tahniah kepada Pemuda kerana berani anjur protes pertahan Baitulmaqd­is.

“Wanita akan mengadakan solat hajat untuk mendoakan keselamata­n dan keamanan di Baitulmaqd­is sebaik semua perwakilan pulang ke negeri masing-masing,” katanya.

 ??  ?? SHAHRIZAT
SHAHRIZAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia