Harian Metro

200 mangsa banjir terima bantuan BUAT SOLAT HAJAT

-

Rantau Panjang: Seramai 200 mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu menerima bantuan bernilai RM50,000 menerusi Misi Kemanusiaa­n Banjir Pantai Timur MR DIY.

Misi itu mendapat kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) tertumpu di kawasan menjadi tumpuan banjir iaitu di Setiu, Terengganu dan Rantau Panjang, di sini.

Pengurus Kanan Sumber Manusia MR DIY Dr Zaleha Mohd Mydin berkata, misi itu digerakkan sebagai tanda keprihatin­an pihaknya kepada mangsa banjir yang juga pelanggan mereka selepas terpaksa menghadapi bencana itu hampir setiap tahun.

Katanya, pada 2014 dan 2015, pihaknya turut menghulurk­an bantuan pada mangsa banjir dengan kerjasama beberapa pihak.

“Kali ini kami turun padang sendiri berjumpa mangsa untuk menyampaik­an

Alor Setar: sumbangan berbentuk peralatan dan makanan seperti beras, mi segera, biskut, air mineral serta penyapu dan baldi.

“Menerusi program ini, kami daripada 20 kakitangan MR DIY dapat merasai perasaan mereka yang terpaksa menempuh dugaan akibat banjir dan berpeluang memberi kata semangat buat semua mangsa di sini.

“Harapan kita bantuan ini dapat meringanka­n beban yang ditanggung,” katanya di Kampung Kubang Bakong, di sini, kelmarin.

Sementara itu, penduduk, Fatimah Hassan, 67, berterima kasih atas bantuan diterima selepas lebih seminggu rumahnya dinaiki air sedalam satu meter.

“Sumbangan yang diberikan ini cukup bermakna dan dapat mengurangk­an beban kami sekeluarga. Peralatan yang diberikan boleh digunakan untuk membersih rumah,” katanya.

“Lakukan solat hajat dan berdoa supaya negeri ini tidak dilanda musibah besar ataupun kecil,” kata Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda berkata demikian berikutan ramalan Jabatan Meteorolog­i cuaca buruk akan melanda negeri ini bermula 16 Disember ini sehingga awal Januari depan.

Katanya, dalam pada itu agensi kerajaan juga diharapkan bersedia dan memperkema­skan lagi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan operasi membantu mangsa banjir berjalan lancar.

“Kita (dapat) maklum daripada Jabatan Meteorolog­i buruk dijangka melanda negeri ini selepas 16 Disember dan saya berharap tiada perkara buruk berlaku.

“Semua pihak perlu bersiap sedia menghadapi keadaan itu,” katanya selepas melawat mangsa banjir ditempatka­n di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Pia, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Pegawai Daerah Raub Datuk Hamdan Husin dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang Kolonel (PA) Zainal Yusoff.

Dalam lawatannya, Tengku Abdullah bertanyaka­n khabar dan menyampaik­an bantuan kepada mangsa banjir yang mendiami PPS berkenaan sejak Khamis lalu selepas kediaman mereka dinaiki air dan menyampaik­an

Persediaan hadapi gelombang kedua banjir

bantuan.

Baginda juga meminta bantuan diberikan secara menyeluruh dan tidak bertindih antara agensi kerajaan bagi mengelakka­n ada individu tidak mendapat bantuan.

“Kita kena pastikan bantuan secara menyeluruh dan lebih berkesan supaya lebih ramai mangsa dapat dibantu, jangan hanya fokus kepada satu kawasan sehingga ada tempat tidak dapat bantuan.

“Saya faham SOP baru ini sudah menetapkan zon untuk tentera, polis, bomba dan APM, namun saya harap mereka bekerja lebih berkesan supaya tiada pertindiha­n dan bantuan dapat dirasai mereka yang memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, baginda turut berterima kasih kepada pelbagai pihak membabitka­n agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang membantu melancarka­n proses bantuan kepada mangsa banjir di Raub.

 ??  ?? TENGKU Abdullah menyampaik­an sumbangan kepada mangsa banjir ketika mengadakan lawatan pemindahan di Dewan Serbaguna Kampung Pia.
TENGKU Abdullah menyampaik­an sumbangan kepada mangsa banjir ketika mengadakan lawatan pemindahan di Dewan Serbaguna Kampung Pia.
 ??  ?? DR Zaleha (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Kubang Bakong.
DR Zaleha (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Kubang Bakong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia