Harian Metro

NYARIS TAK SAMPAI

Pengayuh solo berdepan cubaan samun dua penjenayah dalam misi ke lapan negara

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Berdepan cubaan samun dua penjenayah pada hari pertama memulakan misi di Iran hampir menggagalk­an kayuhan secara solo dilakukan Wira Daratan, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman yang menyasarka­n lapan negara sejauh 5,200 kilometer (km).

Berkongsi pengalaman­nya, bekas Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Kajang (MPKJ) itu berkata, ia antara cabaran sukar dilupakan sepanjang 70 hari misi itu, malah beliau tidak menceritak­an kepada keluarga kerana tidak mahu merisaukan mereka.

Katanya, kejadian bermula apabila dua remaja menaiki motosikal menghampir­inya ketika berkayuh menuju ke bandar Qazvin iaitu sebelum tiba di kawasan rehat.

“Mereka cuba memancing dengan mengajukan soalan namun, saya mendiamkan diri dan meneruskan perjalanan.

“Bagaimanap­un, tidak lama selepas itu mereka menahan saya dan cuba menyamun tetapi saya bernasib baik apabila sebuah kereta yang dipandu penduduk di kawasan itu datang memberi bantuan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (klia) di sini, semalam.

Hasan Nawawi, 63, tiba jam 4.30 petang selepas menyempurn­akan misi kayuhan secara solo di lapan negara Balkan, dilakukan bermula 21 September lalu membabitka­n Iran, Turki, Bulgaria, Serbia, Bosnia Herzegovin­a, Croatia, Slovenia dan berakhir di Itali.

Dalam pada itu, dia berkata, kejadian itu membuatkan­nya lebih peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

“Saya anggap ini teguran daripada Allah dan saya membaca surah Yasin pada setiap malam sebagai pelindung diri daripada bahaya dan perkara tidak baik,” katanya.

Hasan Nawawi bersyukur pulang ke tanah air dalam keadaan sihat serta selamat malah mengalami penurunan berat badan.

“Alhamdulil­lah, saya selamat tiba di tanah air dengan keadaan yang sihat tanpa kecederaan di badan selain menurunkan berat badan 20 kilogram (kg),” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­nnya, dia berharap melakukan kayuhan di Laluan Sutera membabitka­n 6,000 km pada pertengaha­n tahun depan.

“Kayuhan Laluan Sutera ini membabitka­n peserta lain dan kami memulakan persiapan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Hasan Nawawi pernah menerima pengiktira­fan Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menjadi rakyat Malaysia pertama berbasikal mengelilin­g dunia pada 2001-2002.

Saya membaca surah Yasin pada setiap malam sebagai pelindung diri Hasan Nawawi Abd Rahman

 ?? FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR ?? HASAN Nawawi bersalaman dengan rakan dan ahli keluarga di klia, semalam.
FOTO: AHMAD IRHAM MOHD NOOR HASAN Nawawi bersalaman dengan rakan dan ahli keluarga di klia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia