Harian Metro

Program larian, kayuh basikal

-

Putrajaya: Kira-kira 600 peserta menyertai aktiviti larian dan berbasikal pada Program Larian dan Kayuhan Gerah Hari Antirasuah Antarabang­sa (LANGKAH) 2017 anjuran Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula dari Presint 2 di sini, semalam.

Program itu kerjasama Persatuan Berbasikal Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya (PPj) itu adalah satu daripada aktiviti sempena Hari Antirasuah Antarabang­sa (HARA) 2017 peringkat kebangsaan.

Peserta larian menyempurn­akan aktiviti itu sejauh lima kilometer, manakala kayuhan basikal sejauh 10 kilometer di sekitar Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n di sini.

Menurut kenyataan SPRM, sambutan HARA 2017 bagi peringkat kebangsaan kali ini adalah bertemakan ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’ serta memberi fokus meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah selain pendedahan berhubung HARA secara keseluruha­nnya.

“Sambutan ini rentetan daripada pengisytih­aran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2003 yang memilih 9 Disember setiap tahun sebagai Hari Antirasuah Antarabang­sa.

“Ia disambut sebagai usaha yang mencermink­an komitmen berterusan Malaysia terutama kesungguha­n SPRM dalam membantera­s rasuah secara menyeluruh,” katanya, semalam.

Pada acara itu, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad menyempurn­akan pelepasan peserta larian manakala, beliau juga turut menyertai aktiviti kayuhan basikal.

Menerusi kenyataan SPRM, sambutan HARA adalah suatu platform mendekatka­n masyarakat dengan SPRM dalam memperoleh sokongan mereka selaras dengan dasar suruhanjay­a itu iaitu Mesra Rakyat Digeruni Perasuah bagi membantera­s gejala rasuah dalam negara.

Sambutan HARA kali ini diharap menjadi wadah dan peluang masyarakat mengenali SPRM.

 ??  ?? DZULKIFLI (tengah) bersama peserta ketika Program Larian dan Kayuhan Gerah 2017 sempena Hari Anti Rasuah Antarabang­sa di Tapak Hot Air Ballon Putrajaya.
DZULKIFLI (tengah) bersama peserta ketika Program Larian dan Kayuhan Gerah 2017 sempena Hari Anti Rasuah Antarabang­sa di Tapak Hot Air Ballon Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia