Harian Metro

HEMPAP DEPAN MATA

- Nur Saliawati Salberi am@hmetro.com.my

Pemandu lori saksi pokok getah tumbang timpa penunggang motosikal

“Keadaan ketika itu amat mencemaska­n, tiba-tiba saja dia dihempap pokok pada jarak tidak berapa jauh.

“Saya cuba memberhent­ikan lori tapi tidak berjaya, mujur dapat mengelak,” kata pemandu lori yang juga saksi kemalangan maut di Jalan Gapam-Bemban, Melaka Tengah, yang hanya ingin dikenali sebagai Yus, 42.

Dalam kejadian jam 1.30 petang semalam, penunggang motosikal C Ganesan, 40, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bemban, Jasin, maut apabila dihempap pokok getah yang tumbang.

Yus berkata, kejadian berlaku ketika jarak lori dipandunya dengan motosikal mangsa di hadapan hanya 50 meter dan keadaan cuaca ketika itu berangin.

Katanya, kejadian berlaku amat pantas, tiba-tiba saja pokok yang berada di bahu kiri jalan tumbang dan menghempap mangsa.

“Sebaik memberhent­ikan lori, saya segera turun dan melihat di hadapan kerana bimbang terseret mangsa yang dihempap pokok, lega rasa hati apabila dapat mengelak.

“Keadaan ketika itu berhabuk dan tidak nampak jalan kerana angin terlalu kuat,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superinten­dan Mohd Kamal Zainal berkata, mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 itu, dalam perjalanan dari Ayer Keroh menghala ke Bemban.

“Mangsa disahkan maut akibat parah di kepala serta di beberapa bahagian badan akibat terkena dahan pokok, dengan bantuan pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mangsa yang berada di bawah timbunan dahan dan ranting pokok dibawa keluar.

“Mayatnya kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk siasatan lanjut,” katanya. Seramai 514 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup di sekitar Johor Bahru dan Kota Tinggi melalui dua operasi serentak dijalankan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam.

Operasi bermula jam 12 tengah malam kelmarin dan berakhir jam 4 pagi semalam menyaksika­n 1,399 pekerja asing di lima premis pusat urut dan dua premis penempatan pekerja asing di Kawasan Perindustr­ian Tebrau IV dan Kota Tinggi serta Johor Bahru diperiksa dalam Op Gegar dan Op Sapu yang dijalankan JIM Ibu Pejabat Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, semua PATI ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa mayat Ganesan (gambar kecil) yang maut dihempap pokok getah tumbang.
ANGGOTA polis memeriksa mayat Ganesan (gambar kecil) yang maut dihempap pokok getah tumbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia